Nizam Ijam Sibuk Berlakon Abaikan Blog


Nizam Ijam, blogger yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan.

Berasal dari Johor berhijrah ke Kuala Lumpur setelah tamat pengajian untuk memulakan hidup sebagai selebriti blogger.

Bermula dengan watak tambahan dalam beberapa drama dan filem, menjadikan ianya batu loncatan buat beliau sehingga ditawarkan watak pembantu dalam beberapa drama.

Bukan watak kecil-kecilan, bahkan watak yang dibawa beliau memberi kesan kepada jalan penceritaan. Antara drama lakonan beliau adalah Ema Emyliana 2, Menantu 10 Ribu dan Tabir Zulaikha.

Setiap kali ada babak lakonan beliau muncul dikaca TV, pasti gambar beliau diambil dan dipost di laman sosial oleh rakan-rakan blogger yang mengenali beliau.

Kejayanya mula naik setelah aksi lakonan beliau dalam promo Skool of Lawak yang menjadi viral diawal-awal musim. Kemudian ditawarkan berlakon dalam iklan Courts Mammoth.

Sekarang beliau tengah aktif menjadi pengacara buat kliatv sambil menunggu beberapa drama lakonan beliau ditayangkan di TV3 dan juga RTM.

Hang memang terbaik la.

Blog apa cerita ek?

"Errr... Blog masih tulis Bro" itu jawapan beliau.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.