Cermin Kereta Rakan Blogger Wanita Pecah Terkena Batu

Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Orang Potong Rumput

Cermin kereta salah seorang rakan blogger wanita pecah terkena batu. Kejadian berlaku sewaktu mangsa dalam perjalan ke tempat kerja.

Mangsa terkejut bila dapati cermin bahagian belakang keretanya pecah terkena batu yang terpelanting. Rupanya ada orang sedang memotong rumput.

Beliau memberhentikan kereta ketepi untuk memberitahu kepada tukang pemotong rumput tentang kejadian yang terjadi. Kalau ikutkan waktu itu, mangsa dalam keadaan takut.

Mana la tahu, ada kejadian yang tidak diingini terjadi. Waktu itu, dia memandu seorang diri.

Bagaimanapun ada seorang kakak turut ternampak kejadian ini, lalu datang memberikan bantuan dan menolong mangsa meminta ganti rugi.

Kakak tersebut meminta no telefon majikan dan alamat untuk tuntutan ganti rugi. Sebagai langkah berjaga-jaga, dia menasihatkan mangsa untuk membuat laporan polis.

Waktu itu, mangsa dalam keadaan panik, tangan mengeletar tidak tahu nak buat apa sebenarnya. Kakak tadi menawarkan untuk menemani mangsa membuat laporan polis dan memberi tunjuk ajar apa yang perlu dilakukan.

Selepas selesai urusan dibalai polis,

Alamat yang diterima mangsa merupakan alamat bengkel membaiki cermin kereta. Segala pembayaran ditanggung oleh majikan tukang pemotong rumput.

Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini terjadi.

Bicara Bro : Nasihat kepada pemandu wanita diluar sana.

Jangan sekadar tahu memandu sahaja, kena bersedia mental dan fizikal sekiranya terlibat dalam kejadian seperti ini.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.