Denaihati Network Ambil Alih Pengurusan eQurban

Dimaklumkan bahawa dengan rasminya pengurusan eQurban telah diambil alih oleh Denaihati Network Sdn Bhd.

Ianya dimaklumkan sediri oleh pengasas Denaihati Network Sdn Bhd., Tuan Haji Amir Hassan @ Mohd Ilham di laman facebook beliau dan juga di Group Facebook Denaihati Network.

Perubahan ini berlakukan atas kesempakatan bersama apabila operasi Al Ansar Health semakin besar keseluruh negara.

Selain dari itu melangkah 2015 eQurban selaku peneraju Qurban dan Aqiqah Malaysia perlukan nafas baru untuk memberi khidmat yang lebih meluas kepada ummah seluruh alam bersama CEO eQurban yang baru iaitu Tuan Hj Masrukhin

Ini merupakan satu langkah yang besar diambil oleh pihak eQurban untuk menambah baik perkhidmatan dan memastikan perjalanan sembelihan untuk korban dan aqiqah lebih sistematik.

Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan terutama dari segi pengurusan tempahan dan program affiliate bersama eQurban.com.

Semua tempahan bermula bulan ini, akan diuruskan dengan menggunakan sistem yang baru yang lebih sistematik dan teratur. Setiap tempahan akan dilakukan menggunakan borang tempahan khas untuk Tempahan Lembu dan Tempahan Kambing.

Selepas proses tempahan dibuat, pihak pengurusan akan membuat pengesahan bayaran dan melakukan proses akad melalui telefon dengan pembeli.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.