Izzati Ghafur Terkandas di eCurve, Rakan Blogger Datang Membantu


Izzati Ghafur Terkandas di eCurve, Rakan Blogger Datang Membantu
Malam tadi, Blogger +Izzati Ghafur terkandas di eCurve, Mutiara Damansara bila kereta yang beliau naiki gagal dihidupkan (awat macam pelik je ayat yang Bro gunakan nie).

Waktu kejadian beliau berkeseorangan dan tempat tersebut nak tutup.

Dari status yang dimuat naik beliau di laman sosial boleh nampak kecuakkan beliau ketika kejadian.

Ramai rakan yang cuba memberi bantuan, dan ada juga yang menasihati beliau untuk duduk di tempat yang ramai orang. Risau terjadi kejadian yang tidak diingini.

Akhirnya rakan blogger +Nannie Isa tiba di lokasi dan cuba memberi bantuan untuk menghidupkan kereta mangsa.

Bagaimanapun cubaan beliau menemui jalan buntu.

Maka mereka membuat keputusan untuk menghubungi Tow Truck untuk menunda kereta beliau.

Jika diikutkan, ini merupakan kejadian kedua terjadi pada kereta beliau dalam tempoh seminggu. Kejadian pertama telah dikongsikan di blog beliau www.kisahtatie.com

Bicara Bro : Bro pernah rasa apa yang dia rasa, 3x masuk bengkel dalam tempoh sebulan. Punca utama, kerosakan datang secara pakej beserta installment.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.