Mek Onie Lebih Berkeyakinan Selepas Crowning


Mungkin ramai yang mengenali blogger ini, disebalik senyuman manisnya ada tercalit satu kisah lampau yang membuat beliau sendiri segan untuk melemparkan senyuman.

Sekarang, bila dia tersenyum. Ramai pula jejaka yang akan melting dengan beliau.

Selama 3 tahun dia pendam perasa takutnya (tahun 2010 - 2013) untuk senyum dek kerana selalu diejak oleh rakan sekelas disebabkan oleh keadaan fizikal giginya yang rosak.

Gigi rosak?

Yup gigi rosak. Tapi bukan disebabkan oleh tabiat makan gula-gula ataupun malas menggosok gigi. Tetapi disebabkan oleh kejadian yang menimpa beliau satu ketika dahulu.

Menurut beliau, punca sebenar giginya jadi begini disebabkan kejadian terjatuh di hospital sewaktu melawat datuknya.

Waktu itu, beliau sendiri ada penyakit tekanan darah rendah (Bro pula penyakit darah tinggi) dimana ada pesakit koma (keadaan badan agak teruk) lalu dihadapan beliau.

Ketika itu Mek Onie pengsan lalu terjatuh (kurang pasti posisi jatuhnya bagaimana) sehingga beberapa gigi dihadapannya patah.



Nampak tak perbezaan gigi dia sebelum dan selepas melakukan Crowning?

Jika dulu, ramai lelaki reject beliau (nampak sangat apa yang korang pandang sebenarnya) tetapi sekarang tidak lagi. Masing-masing malu nak bergambar dengan beliau sejak bergelar Blogger Retis.

Nak tahu apa itu Crowning? Jemput baca di blog +Mek Onie - http://letopkeypad.blogspot.com
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.