Nova Leeza Cabut Gigi Bongsu


Lama juga Bro tak jumpa rakan blogger merangkap bekas rakan sekerja yang baru menempah nama dalam dunia blogger - Nova Leeza.

Kali terakhir jumpa sewaktu dia dalam pantang melahirkan anak pertama.

Rasanya anak dia dah nak masuk 2 tahun. Lama juga tue kan. Biasalah masing-masing ada tanggungjawab masing-masing.

Baru-baru ini beliau terpaksa cabut gigi bongsu yang tumbuh dalam keadaan kurang normal sehinggakan ada sisa makanan tersekat dicelah gigi.

Kalau tak cabut, risau tak dapat jadi model ubat gigi he...23x

Dia cakap tak sakit cabut, tapi lepas habis bius baru terasa kesakitannya macam nak .......... Buat masa sekarang dia terpaksa makan bubur.

Menurut beliau, sewaktu menikmati bubur teringat waktu dalam pantang dahulu.

Doktor terpaksa mengambil masa sejam setengah baru dapat cabut gigi bongsu dia, terutama bahagian akar yang agak degil tak mahu tercabut.

Sama macam tuan dia juga, - Degil.


Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.