Tertipu Dengan Banner Scam Pameran Baby dan Ibu


Hari ini, Bro nak kongsikan kisah seorang blogger suami isteri tertipu dengan Banner Pameran Baby di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke-4.

Menurut maklumat yang tertera pada banner tersebut ianya bermula dari 4-7 mac. Kiranya semalam merupakan hari terakhir.

Bagimanapun pasangan ini pergi pada sebelah malamnya disebabkan siang ada sedikit urusan. Lagipun pergi waktu siang sekarang ni musim panas, bahaya untuk kesihatan.

Dalam fikiran, mungkin pergi last ni akan ada
  • Lelong lampin pakai buang murah2
  • Baju baby untuk habiskan stok
Bro juga akan fikir macam itu juga.

Setibanya mereka di sana, sebesar-besar khemah pameran tu, ada satu booth sahaja jual barangan baby + 2 booth jual barangan ibu2.

Manakala lain-lain booth menjual mesin basuh, tv, tilam, perabot, lampu, kipas.

Pasangan tersebut berasa amat kecewa dan terasa macam kena SCAM dengan banner tu!

Bicara Bro : Bro dulu pernah kena sewaktu awal-awal kahwin dan nak mulakan hidup baru. Ada kedai perabot buat potongan harga dari 30-50% untuk perabot mereka.

Bila datang je, memang ada. Cuma pada perabot tertentu yang dia pamerkan dekat luar. Ada la dalam 4-5 ketul. Satu pun xde yang sebijik macam dalam iklan yang dipamerkan dalam surat khabar.

Melayu pulak tue? Yang tertipu? Melayu juga... ish ish ish.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.