Zaza Iman Ingin Berlakon Dibawah David Teo

Zaza Iman Ingin Berlakon Dibawah David Teo

Zaza Iman, blogger yang berasal dari Pahang ini mempunyai impian untuk berlakon dibawah syarikat milik David Teo, Metrowealth.

Impiannya terlalu tinggi, tapi siapa tahu. Mungkin rezekinya dipermudahkan sama seperti blogger yang kini bergelar pelakon - Nizam Ijam.

Jika diikutkan, Nizam Ijam bermula dari bawah.

Beliau rajin menyertai mana-mana casting yang sedang mencari pelakon tambahan.

Bermula dari pelakon tambahan, kini beliau banyak berlakon dalam iklan dan juga drama.

Tetapi, untuk berjaya beliau sanggup berhenti kerja di Johor dan mencuba nasib di ibu kota. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Remy Ishak dulu, masa awal-awal membina kerjaya. Beliau menumpang tidur di masjid (jangan ditanya mana Bro dapat info ini)

Jika Zaza betul-betul nak berlakon. Kena ada kenyakinan diri yang tinggi ataupun start dari sekarang. Sertai mana-mana casting.

Ada rezeki siapa tahukan.

Kalau nak jadi artis dibawah naungan MiG. Memang akan terikat dengan kontrak, segala urusan akan diuruskan oleh pihak MiG sendiri.

Tapi pastikan anda berbakat dan boleh dijual (boleh jadi pelakon, model, duta produk & ada pengaruh)

********
Berbual dengan Mejar David Teo - Dapat Angpow dari Mejar David Teo - Sepetang di Pejabat Urusan Metrowealth International Group (MiG) Baru-baru Bro temui Mejar David Teo di pejabat beliau.

Malangnya tak dapat nak sembang banyak, dia busy dengan beberapa projek yang akan datang. If tiada apa-apa aral, Bro akan dapat hak esklusif untuk mempromosikan artis dan drama/filem mereka.

Jika dari 2011-2015 Bro hanya turun di majlis-majlis tertentu mereka.

Mungkin dimasa hadapan, Bro akan  turun dilokasi atau dapat sesi khas bersama artis dibawah naungan syarikat beliau.

Segalanya hanya di HyeBro! - Portal Hiburan Tanpa Gosip.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.