Abang Ensem Kurangkan Sewa Rumah, Tak Nak Bebankan Penyewa

Abang Ensem Motor Berkuasa Tinggi

Pakar hartanah Malaysia Meor Zaidi atau lebih dikenali dengan panggilan +Abang Ensem bertindak mengurangkan sewa rumah disaat orang dok bising-bising tentang GST dan harga barang naik.

Tujuan beliau mengurangkan harga sewa rumah disebabkan tidak mahu membebankan penyewa beliau terutama bagi gadis-gadis.

Dengar cerita, jejaka yang mula berjinak-jinak bergambar dengan motor berkuasa tinggi ini mempunyai aset yang banyak. Tetapi disewakan kepada penyewa beliau.

Ramai penyewa berpuas hati dengan tuan rumah seperti beliau.

Pernah dulu, sewaktu Bro awal-awal kahwin dan ingin mencari rumah sewa. Beliau sudi menyewakan rumah beliau pada harga yang tidak boleh diterima dek akal fikiran.

Harga member-member katanya.

Malangnya, puan isteri tak berkenan he...23x


Bicara Bro : Dulu sebelum beliau start berblog, beliau selalu tertanya-tanya, siapa sebenarnya Bro Framestone yang selalu mentor dia katakan.

Tapi sekarang, dia menjadi jejaka pujaan dikalangan awek-awek blogger. Apa kes?
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.