Terkelu Dengan Pemergian Azwan Annuar - RubydotMY

Azwan Annuar - RubydotMY

Al-fatihah buat arwah sahabat, Azwan Annuar yang meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut lebih kurang pukul 10 pagi (18 April 2015).

Dalam ramai-ramai kenalan beliau, Bro rasa blogger +Rabiatul Adawiyah antara yang terapat dengan arwah.

Disini, Bro kongsikan sedikit luahan hati dari pemilik blog www.ruby.my



Buat rakan-rakan blogger/media yang pernah join event dan tayangan perdana filem bersama Azwan Annuar. Mohon doakan kesejahteraan dan maafkan salah silap abang wan ye.

Kelu tak terkata hari ni. Sahabat, abang, saudara, teman, rakan seperjuangan dah pergi meninggalkan ruby selamanya. Siapa lagi yang akan sentiasa ada untuk support ruby lepas ni. Siapa lagi nak bagi kata-kata positif. Siapa lagi nak percaya dengan kebolehan ruby. Siapa lagi nak anggap ruby macam adik yang sentiasa ada abang yang sedia untuk menegur dan mengajar. Siapa lagi nak bawa ruby gi event. 


Abang Azwan Annuar kenapa tinggalkan ruby. Ruby tahu ini urusan Allah s.w.t. Ruby menangis macam mana pun, abang wan dah tak ada. Terima kasih untuk bantuan, ilmu, tips, jemputan media, layanan VVIP, carpool dan sokongan abang selama hari ini. Terima kasih abang wan.

Dari abang wan ruby kenal ramai rakan media yang tidak kisah untuk membantu. Kawan abg wan, kawan ruby juga. Abang wan tak letak pun apa-apa kriteria untuk ruby jadi blogger yang bagaimana. 


Maafkan ruby jika ada salah dan silap. Gurauan kita, hanya kita je yang faham. Semoga abang wan tenang disana. Innalillahiwainnalillahirojiun. Ruby sayang abang wan sampai bila-bila. Kata-kata positif abang wan ruby simpan sampai bila-bila. ‪#‎azwanannuar‬ ‪#‎friendshipforever‬

Bicara Bro : Arwahyarham Azwan Annuar juga bukannya orang lain bagi diri Bro. Beliau salah seorang yang banyak membantu karier Bro sebagai blogger hiburan di HyeBro!
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.