Amal Sikap Tidak Berharap, Iena Eliena Menang HTC One M9+

Iena Eliena Menang HTC One M9+

Blogger +Iena Eliena baru-baru ini telah memenangi smartphone terbaru dari HTC yakni HTC One M9+ sekali gus menjadikan beliau antara yang terawal menggunakan smartphone ini di Malaysia.

Beliau ditemui sewaktu menghadiri di majlis pelancaran model terbaru HTC bertempat di Rootz Club Kuala Lumpur.

Beliau baru-baru ini terniat nak memiliki smartphone terbaru dan masih tercari-cari model yang terbaik buat beliau, yakni untuk selfie.

Dek kerana rajin selfie, sampai retak skrin smartphone beliau yang sebelum ini.

Iena Eliena Menang HTC One M9+


Sewaktu di majlis pelancaran ini, beliau nampak teruja bila pertama kali mendengar dan melihat HTC One M9+

Terus dimasukan model ini dalam wishlist beliau.

Malangnya list itu tidak bertahan lama bila beliau memenangi cabutan bertuah dan memenangi salah satu dari 4 HTC One M9+ yang ditawarkan pada majlis tersebut.

HTC One M9+ ini akan mula berada dipasaran Malaysia pada 30 April ini pada harga RM2,599.

Dalam masa yang sama, pihak HTC Malaysia juga telah melancarkan model HTC Desire 826 yang juga akan berada dipasaran Malaysia pada 30 April ini pada harga RM1,359.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.htc.com/sea
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.