Kelab Blogger Ben Ashaari Anjur KBBA Blogger's Day Out

KBBA Blogger's Day Out

Hujung minggu ini, Kelab Blogger Benashaari akan mengadakan KBBA Blogger's Day Out bertempat di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Ini merupakan aktiviti terbesar yang mereka anjurkan dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball.

Menurut urusetia dan founder #kelabbloggerbenashaari,  Encik Ben Ashaari : Anda juga dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada peserta pada hari tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk besama kami, beramah mesra di sana nanti.

Penaja KBBA Blogger's Day Out
Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my)


Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) lokasinya adalah berhampiran dengan Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Ianya telah wujud sejak 2006 lagi dengan menyediakan  fasiliti untuk kemudahan Sukan dan Riadah antaranya ialah seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan juga kolam renang.

Selain itu KKTTC juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan seminar atau mesyuarat perniagaan.

Kemudahan asas tersedia : keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Perkhidmatan katering juga boleh terus ditempah disini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.