Kejutan Hari Jadi Buat Pengasas Denaihati Network



Kejutan istimewa buat saudara Denaihati yang juga merupakan founder kepada Denaihati Network.

Kejutan ini telah dibuat oleh ahli keluarga Denaihati Network bersama rakan blogger dan juga keluarga kepada Saudara Denaihati.

Kami di BRO - Blog Retis Official juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat beliau.

Dengar cerita tarikh untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2015) belum lagi didedahkan.

Bagaimana pun terdapat satu survey bertanyakan hari paling sesuai untuk diadakan SBB2015.


Yang pasti pengumuman SBB2015 amat dinantikan oleh rakan-rakan blogger sama seperti menantikan pengumuman rasmi dari pihak Apple mengenai produk terbaru mereka. Contoh iPhone 6

Eh...?? Apa kaitan kedua-duanya.

Mana la tahu, tahun ini kebanyakan hadiah yang ditawarkan berupa iPhone 6.

Setiap tahun, pasti ada beberapa model iPhone dan iPad terkinj dijadikan hadiah cabutan bertuah oleh pihak Denaihati Network.

Tapi bukan iPhone atau iPad yang kami nanti-nantikan. Tetapi lebih kepada program ukhwah sesama blogger.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.