Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) Gegar Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Kelab Blogger Ben Ashaari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Kelab Blogger Ben Ashaari hari ini telah mengegarkan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dengan mengadakan Blogger's Day Out bertemakan Family Day.

Dengan kehadiran melebihi 80 orang membuktikan kelab ini mampu menjadi platform untuk menghimpunkan blogger sebagai satu komuniti kekeluargaan.

Berbagai acara diadakan dengan kerjasama KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD untuk menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempah riadah seisi keluarga.

Antara aktiviti yang diadakan disini seperti golf, badminton, go-cart dan juga paintball menjadikan aktiviti lebih padat dengan pengisian dari seawal 8 pagi hingga 5 petang.

Pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari


Menurut pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari yakni saudara +Ben Ashaari

Tertubuhnya kelab ini adalah untuk menyatukan blogger-blogger yang ada didalam satu komuniti blogger disertakan dengan pengisian yang mampu mengeratkan hubungan sesama blogger.

Kelab ini bukan miliknya tetapi milik semua yakni ahli didalam kelab ini.

Tanpa mereka, kelab ini tidak mampu mencapai matlamat penubuhan seperti yang anda dapat saksikan sekarang.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pihak penganjur terutama kepada urusetia yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti seperti ini.


Blogger Yanty Lee


Menurut salah seorang urusetia +Yan Ty ,

Beliau amat berbesar hati dengan sambutan yang mengalakkan dari blogger dan rakan-rakan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakannya.

Tidak lupa juga kepada pihak Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya yang sudi menaja lokasi dan aktiviti yang dijalankan disini sekaligus menjadikan tempat ini sesuai dijadikan lokasi riadah untuk komuniti besar seperti Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tidak lupa juga kepada pihak penaja yang lain seperti :-

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my)


Bicara Bro : Teringat zaman berpaintball dekat sini. Star dah gantung marker he...23x
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.