Kereta Milik Blogger Liew Cheon Fong Jahanam Dilanggar di Parking Times Square


Kereta Blogger Liew Cheon Fong
Berita sedih yang baru kami terima dimana kerete milik blogger +Cheon-Fong Liew yang diparking di Berjaya Times Square rosak teruk dilanggar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian berlaku sewaktu beliau meletakkan kereta di tempat parking level 1 di Berjaya Times Square untuk membuat liputan 3 acara yang sedang berlangsung disana.

Bagaimanapun sewaktu ingin pulang, beliau mendapati kedudukan keretanya banyak berubah dari kedudukan asal sewaktu beliau parking.

Terdapat kaca bertaburan dan bahagian kiri belakang keretanya terdapat kesan hentaman yang agak.... teruk juga nie.

Mana ada orang parking kereta sampai boleh jadi macam ini. Lain la kalau baru nak belajar parking then tertekan minyak terus langgar.

Bagaimanapun beliau telah membuat report kepada pihak pengurusan Berjaya Times Square dan mereka akan siapkan report beserta footage dari rakaman CCTV.

Beliau juga akan buat laporan polis atas apa yang terjadi.


Bicara Bro : Berjaya Times Square juga merupakan tempat Bro selalu parking kereta. Tengok pada keadaan kereta beliau, agak teruk juga.

Mungkinkah ianya berpunca dari orang yang terpengaruh dengan filem Fast Furious atau stress dan bertukar jadi Hulk.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.