Rosmoh: Perempuan Puaka Terbitan Lejen Press

Rosmoh: Perempuan Puaka

Rosmoh: Perempuan Puaka merupakan tulisan Naufal Tarmizi, akan diterbitkan pada 24 April 2015.

Ia merupakan salah 1 daripada 5 judul buku baru yang akan diterbitkan Lejen Press pada bulan ini.

Sinopsis Buku Rosmoh: Perempuan Puaka

Bagi Rosmah, tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa.

Mereka jadi gila. Semua jadi histeria.

Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai. 'Hantu Wanita Berpurdah' terus menjadikan anak dara sebagai korban.

Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?


********
4 buku lain yang bakal diterbitkan oleh Lejen Press bulan ini adalah :-

  1. Lelaki Dari Entah Mana-Mana (sambungan Rokok Nan Sebatang) tulisan Nami.
  2. Bayangan Clarissa tulisan Dr. Ahmad Akmal Azman.
  3. Road Trip: Meronda Tanah Air - sebuah antologi cerpen 14 penulis Lejen.
  4. Tiga Titik tulisan Fandy Taher.
** Rosmah + Bomoh = Rosmoh
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.