Sidang Media Punca Rayyan Haries Terpaksa Terlepas Penerbangan ke India

Sidang Media Rayyan Haries Terpaksa Turun Kapal Terbang ke India

Disini Bro ingin kongsikan video "sidang media" punca salah Travel Blogger Malaysia +Rayyan Haries terpaksa turun dari kapal terbang dan terlepas penerbangan beliau ke India.

Beliau sepatutnya dijangkakan terbang ke India pada Jumaat lalu, malangnya beliau menyedari dompet beliau tiada padanya sewaktu berada di atas kapal terbang.

Maka kapal terbang yang beliau naiki terpaksa berlabuh semula dan beri beliau 8 minit untuk mencari semula dompet beliau yang hilang itu.

Atau beliau perlu turun dari kapal terbang dan terlepas penerbangan ini.

Disebabkan beliau tidak mempunyai sebagai duit pada tangan begitu juga dengan kad. Maka beliau membuat keputusan untuk turun dan merelakan penerbangan beliau berlepas tanpa beliau.

Lebih malang lagi, luggage terpaksa dikeluarkan dari kapal terbang dalam keadaan cuaca hujan lebat dan menyebabkan luggage beliau dalam keadaan basah.

Walaupun dihimpit kesusahan, masih ada sinar harapan dan aura positif dalam diri beliau he...23x (apa yang aku merapu nie kawan)

Tapi memang betul, ada beberapa orang yang mengenali beliau (dan mereka memang berada di sana juga) mengambil kesempatan bertemu dengan beliau di KLIA2 .

Anda boleh menonton video beliau di sini.

Losing your wallet and missing your flight are two of many travelers' nightmares. Unfortunately yesterday on my way to Kolkata, India I had to face both incidents. But you know what India, I ain't giving up on you yet!

Posted by Rayyan Haries Si Traveler Comel on Saturday, April 18, 2015


Pasti ada hikmah apa yang terjadi.

Lebih shadu, dompet beliau dalam keadaan selamat dalam kereta blogger +Norfa nil yakni rakan beliau yang menghantar beliau ke KLIA2.

Paling malang, Norfa hanya menyedari yang Rayyan menghadapi masalah sewaktu beliau dah sampai ke rumah dan on facebook pada laptop he...23x

Rayyan tetap tidak berputus asa dan akan mengambil penerbangan seterusnya pada hari Selasa ini.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.