Akaun Fake - Boni Kacak Buat Report Polis

Akaun Fake - Boni Kacak Buat Report Polis

Makin banyak akaun fake yang menggunakan gambar orang lain sebagai gambar mereka. Dan kebanyakan daripada mereka jelas mempunyai niat yang tidak baik.

Baru-baru ini, blogger +boni kacak telah membuat 2 laporan polis bila dapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar beliau pada akaun laman sosial mereka.

Laporan pertama dibuat, bila ada akaun berbau lucah menggunakan gambar dia di laman tagged.

Laporan kedua pula dibuat, bila mendapati ada akaun WeChat menggunakan gambar beliau dan mengaku beliau adalah polis.

Kalau ikutkan, ada beberapa kes penggunaan gambar beliau, cuma tak serius seperti dua kes diatas.

Anda boleh baca kisah beliau di blog www.bonikacak.com

Sebelum ini, blogger popular Malaysia dari Rusia +Ariff Shah pernah dituduh menipu dalam urusan jual beli dilaman sosial menggunakan gambar beliau. Siap ada laporan polis dibuat untuk membuktikan beliau sebenarnya yang menipu.

Bagaimanapun beberapa orang rakan blogger cuba menghubungi pendakwa, tetapi tidak mendapat maklum balas positif. Mungkin sebab tertekan dengan apa yang terjadi dan kurang percaya pada kata-kata orang di laman sosial.

Harap kepada mangkuk-mangkuk seperti ini, moga mereput cepat. Kalau berani, gunalah muka sendiri untuk menipu.

Bicara Bro : Gambar Bro pernah beberapa kali digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan adalah gay.... Fuhhh...!!

Selamat tiada wanita menjadi mangsa kepada mereka he..23x
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.