Aktivis Teater Fazleena Hishamuddin

Aktivis Teater Fazleena Hishamuddin

Fazleena Hishamuddin dilahirkan pada 13 November 1979 merupakan pemegang Sarjana Muda Sastera (major Kesusasteraan Melayu) dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pernah bertugas sebagai Kaunselor selama dua tahun dan kemudian bekerja di beberapa buah agensi pengiklanan dan produksi sebagai produser, pengarah, penulis skrip dan kerja-kerja belakang tabir.

Telah berlakon berpuluh-puluh filem pendek untuktujuan ke festival dalam dan luar negara.

Fazleena juga turut menghasilkan filem pendek beliau sendiri yang pernah memenangi Anugerah Skrip Terbaik Kategori Eksperimental di Festival Filem Pendek anjuran RTM/Finas pada 2007 dan Anugerah Khas Juri untuk filem pendek Komunikasi yang Hilang pada Anugerah Karyawan Muda 2009.

Bergiat aktif dalam dunia teater sejak 2003 sebagai pelakon; antara teater yang pernah dibintanginya ialah Hegemoni, Merocok-rocok, Teater Juta-Juta, Satu Plastik Hitam, Kawan-Kawan yang kita Suka, Neo-Romantik, Gadis dan Dua Menara, Maduku Kalut dan banyak lagi.

Anugerah dalam bidang lakonan yang pernah dimenangi ialah Anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Antara Universiti 2004, serta Pelakon Wanita Terbaik Creative Visual Awards 2012 melalui filem pendek PSP. Muncul sebagai pelakon utama dalam Feature Film Indie berjudul Kontradiksi yang pernah ditayangkan di Festival Filem Luang Prabang, Laos.

Penulis buku puisi Seksi Ovari yang telah mencipta sejarah penerbitan alternatif dengan 8 cetakan dalam tempoh setahun, kini aktif berlagu puisi di pentas-pentas seni puisi bersama rakan-rakan baiknya melalui Fazleena & The Lasykar di sekitar ibu kota, dan masih meneruskan minatnya berlakon teater, filem pendek dan menulis skrip iklan dan program tv. Bibir Ceri Melati adalah buku kedua beliau yang merangkumi cerpen dan puisi.

Kota Kelip-Kelip merupakan teater berdurasi panjang arahan beliau yang pertama. Kota Kelip-Kelip Poster
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.