Anak Sokong Minat Ayah Untuk Berblog



Siapa tak mengenali saudara +kamil salleh , blogger dari Kelantan yang berhijrah ke Ibu Kota untuk memulakan kehidupan baru.

Menurut Azra Yaya, anak sulong kepada pemilik blog www.sensasi2020.com.

Beliau mengetahui ayahnya aktif berblog sewaktu beliau berada di tingkatan 3.

Beliau menyokong minat ayahnya untuk menjadi blogger. Beliau suka membaca penulisan ayahnya sehingga beliau sendiri terasa ingin memiliki blog sendiri.

Malangnya, beliau tidak mempunyai semangat yang kental seperti ayah beliau. Lagipun dia masih lagi bersekolah.

Tambahan beliau, ayahnya pandai membahagikan masa untuk kerja, keluarga dan blog.

Beliau ditemui sewaktu menemani ayahnya menyertai Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2015 yang berlangsung di Taman Cabaran Putrajaya.

Beliau sendiri tertarik untuk menyertai majlis SBB2015 bila melihat keinginan ayah beliau yang berkobar-kobar menyiapkan entry pernyertaan untuk contest yang dianjurkan oleh Yeo's Malaysia selaku penaja rasmi SBB2015.

Beliau yang kini berada di tingkatan 5 turut menyatakan bahawa, keluarganya amat menyokong minat ayahnya sebagai blogger.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.