Blogger Chef Khairul Hakimin Dituduh Mencuri


Blogger Chef Khairul Hakimin Muhammad Dituduh Mencuri
Kecoh sekejab dilaman sosial bila blogger merangkap Chef +Khairul Hakimin Muhammad memuat status tentang peristiwa beliau dituduh mencuri disebuah pasaraya.

Tujuan beliau memuat naik status itu, bukan untuk memburuk-burukan pasaraya tersebut.

Tetapi nak menegur cara pekerja disana yang tidak menghormati pelangan mereka walaupun waktu tersebut, status pelangan bertukar menjadi "suspek".

Mungkin sejak akhir-akhir ini berlaku banyak kes kecurian, menyebabkan pekerja mereka lebih berwaspada cuma kadangkala tindakan tak kena pada caranya.

Disini, Bro kongsikan status yang dimuat naik oleh pemilik blog www.kuahkari.com di laman sosialnya.

*******

"Encik ikut kami." Saya menoleh kearahnya dan tangan dia cepat merangkul bahu saya, saya dibawa ke satu bilik yang ada dua orang lagi.

"Keluarkan semua barang dalam poket." Saya menurut sahaja. Saya keluarkan semua barang yang ada, dompet duit, sapu tangan, symbicort, dan kunci kereta."

"Betul bos, saya nampak dia masukkan barang dalam poket dia." Kata mamat yang membawa saya masuk ke bilik tersebut. Saya masih terpinga-pinga.

"Tanggalkan baju!" Jeritnya, saya terus tanggalkan baju, beliau suruh saya tanggalkan seluar pula, saya panik dan ikut. Semua lelaki dalam itu, saya nak malu apa. Saya sudah hangin, mujur pakai boxer. Kahkahkah.

Pintu dibuka lagi, datang seorang lagi lelaki dan terus melepuk kepala saya. "Mencuri!" Jeritnya.

"Jangan biadap, saya tak ambil apa-apa, lihat ada tak cctv?" Saya bertegas.

Semua menuju ke arah cctv. Jelas saya tidak ambil apa-apa, saya hanya masukkan tangan ke dalam poket kerana kejap-kejap ada mesej, saya baca mesej dan kemudian masukkan kembali telefon ke dalam poket.

"Tapi saya nampak dia masukkan barang bos! saya nampak!" Mamat tadi terus bertegas.

"Mana pengurus? saya mahu jumpa pengurus." Kini giliran saya yang dominan. Dan yang lain semua diam.

"Tak apalah encik, kami tersilap, kami minta maaf.

"Itu bab kamu minta maaf, kini saya mahu semua yang ada dalam bilik ini dibuang kerja." Semua terdiam. "Panggil pengurus!!" Saya jerit.

Salah seorangnya menelefon pengurus. Tak sampai 5 minit pengurus sampai, mereka beri penerangan dan saya juga beri tetapi saya juga mengugut yang akan bawa perkara ini ke balai polis, pastikan semua yang ada dalam bilik ini dibawa ke media dan pastikan pasaraya ini mendapat malu dari tindakan ini.

Semua diam.

"Minta maaf sekarang!" Jerit pengurus kepada mamat yang menangkap saya.

"Itu seorang lagi, dia lepuk kepala saya tadi." Saya menunjuk kepada mamat yang seorang lagi. Dia tunduk sahaja.

"Begini, mereka ini perlu dihukum. Gantung mereka kerja dan jangan beri bonus raya." Saya mengugut.

"Jangan encik, jangan, kami ada anak bini. Kami betul-betul minta maaf." Mereka merayu-rayu.

"Ini kad saya, saya beri tempoh 48 jam untuk kalian hantar permohonan maaf melalui emel atau jumpa saya, atau saya pula akan buat tindakan." Saya keluar begitu sahaja.

Saya meluru berjalan ke arah isteri yang sedang mencari baju anak. Beliau masih dalam mood gembira. Oh tak sampai hati pula bercerita dengannya waktu itu. Selesai sahaja membeli belah, kami masuk kereta dan masih berbual biasa-biasa.

Sampai rumah barulah saya cerita. Beliau hangin dan darah bugis pun keluar. hahaha.

Saya fikir, Tuhan mahu tegur saya. Saya memang banyak marah-marah dua tiga hari ini. Hari ini saya diajar menerima marah dan fitnah. Redha dengan setiap yang berlaku, tetapi kena pertahankan diri sendiri.

Semua kerja Tuhan. Semoga mereka tadi tidak dibuang kerja, saya juga manusia, kasihan pula kan. Mereka lakukan tugas mereka, cuma mungkin sudah banyak kes kecurian berlaku, jadi mereka rasa bertanggungjawab. Saya pula mangsa hari ini. Alhamdulillah.

Apapun. Saya cerita ini semoga menjadi pengajaran buat semua. Harapnya kalian tidak komen yang marah-marah. Relaks dan kool okeh.

Khairul Hakimin Muhammad.
Manusia biasa.

*******

Tapi ada benarnya kata-kata beliau,
Saya fikir, Tuhan mahu tegur saya. Saya memang banyak marah-marah dua tiga hari ini. Hari ini saya diajar menerima marah dan fitnah. Redha dengan setiap yang berlaku, tetapi kena pertahankan diri sendiri.
 Kadangkala kita terlupa, dan Allah SWT cuba ingatkan kita.  
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.