Buat Duit Dengan Menulis Review - Encik Titan

Buat Duit Cara Encik Titan

Perkongsian yang dibuat oleh +Encik Titan  tentang cara beliau buat duit dengan menulis review. Ianya dipetik dari perkongsian beliau di laman facebook.

Benda ni memang nampak remeh-temeh.

Sebab gua tahu, memang susah nak dapat job review ni mula-mula.

Siapalah nak percaya mamat dari Banting ini, kan? Boleh ke tulis bagus-bagus? Boleh ke bantu buat sales? Boleh ke bantu untuk branding? Boleh ke tulis sampai keluar kat search engine?

But, some of you already know me.

I'm survive and i even "pegang" some niche outside from Malaysia and even some niche in Malaysia.

Tak percaya sudah. Janji, Maikel percaya ngan gua.

Itu dah lebih dari cukup.

Yakin dan konpiden itu penting.

Lu tak percaya lu boleh buat, lu dah sah bagi "validation" pada diri lu yang lu memang gagal dan bakal gagal.

Situasi Tahun 2003-2014

Dulu, gua main kat blogsvertise, reviewme, payperpost, linkworth dan memacam lagi. Setiap hari, dok login akaun untuk kejar job.

"Kenapa kena kejar job?"
  1. Benda ni siapa cepat, dia dapat. Lambat, orang lain kebas. Sebab gua bersaing dengan SATU dunia. Eceh, macam la ramai sangat. Tapi, lu pikiaq sikit, satu dunia tu beb. Dan gua yang dapat job 300 dollar untuk 1 job review.
  2. Harga. Dulu, pertukaran 1 dollar ke ringgit malaysia, gua pernah dapat RM3.8 paling tinggi. Dan selalunya antara Rm3.4 - Rm3.5. So, even dapat satu job harga 10 dollar pun, gua kebas dan gua sapu dengan penuh kasih sayang. Maklumlah, dok belajaq kat universiti..duit nak makan tak daq. Duit ptptn, 100% bayar yuran pengajian. So, memang kerja keras. Bila dapat hasil, lumayang gila. Leh enjoy gak la kiranya..ramai suka nak kawan. Termasuklah orang perempuan.
Situasi Zaman 2015-2020.

Job review tetap hidup sampai bila-bila.

Sebab "permintaan" itu ada.

Dan sebab search engine Google, Yahoo, Bing dan sebagainya mungkin masih ada dan sebab paling penting.. Selagi talian internet itu masih wujud.

Jadi, benda ni tetap boleh beri pulangan yang lumayan setiap bulan jika tahu cara nak tackle benda nih.

Malah, gua pun masih ambil "job luar" untuk provide article dalam english dengan hanya harga 10 dollar satu artikel untuk 300 patah perkataan semata-semata nak "tambah" portfolio disamping terus tambah jumlah blog yang ada.

Alhamdulillah.. Setakat ni, macam-macam niche gua dah tulis.

Tapi, niche paling lumayan yang selalu gua dapat adalah
  1. niche kesihatan
  2. niche finance and money
  3. niche blogging atau make money 
  4. niche affiliate and marketing
Gua boleh "goreng" sikit la dengan bantuan google translate dan kamus dwibahasa.

Terima kasih pada sesiapa yang cipta idea untuk buat kamus dwibahasa dan google translate. Sangat membantu gua sejak 10 tahun ini.
..
...
Kesimpulan

Boleh ke buat duit dengan banyak dengan ambil job tulis review nih?

BOLEH.

Tapi, lu kena faham 3 benda yang paling asas.
  1. Fahami asas dan gaya penulisa artikel dan blog.
  2. Kena tahu perbezaan tulis review, advertorial dan copywriting,
  3. Banyakkan berlatih

In-sha Allah, sape-sape pun boleh tulis review dengan baik.

Selingan

Target gua setiap bulan

10 review paling minimum.

I've already done that this month. I also got more than 10 reviews need to done soon.

Berapa harga satu job?

Bergantung pada deal. Ada RM50, ada RM100, ada RM150, ada RM300, ada RM500, ada 100 dollar, ada 80 dollar, 200 dollar, 300 dollar and even 10 dollar punya job pun gua kebas jugak.

Maklumlah, baru dapat anak sulung. Jadi, kena kerja keras skit.

Da weird thing is..
..
...
This is my part time job.

My main job is play in affiliate industy.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.