SLE Fighter - Dayang Deno dan Doodle Menjadi Kerjaya


Dayang Deno, 26 tahun (walaupun nampak macam budak sekolah) mempunyai hobi melukis doodle sejak 2013.

Beliau mempunyai kelayakan Diploma dan akaun di UiTM, Kuala Terengganu menjadikan aktiviti melukis dooble sebagai kerja sepenuh.

Bermula dari hobi, kini melukis dooble mampu memberi pendapatan kepada pemilik blog www.dayangdeno.com .

Bagaimanapun, keadaan beliau yang mengidap SLE membatasi pergerakan beliau.



Sepanjang beliau berkecimpung, pernah mendapat tawaran menghasilkan karya doodle dan dibayar pada harga yang tinggi.

Woww...!!! Masyuk....!!!

Bukan sebarangan rupanya Si Dayang Deno, kecik-kecik cili padi orangnya.

Bertanyakan tentang pengalaman beliau sepanjang melukis Doodle, beliau berkata,

Melukis ini merupakan minat beliau, dalam masa yang sama menjadi trapi yang mampu memberi ketenangan kepada beliau.

Pernah ada satu ketika, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan hasil lukisan beliau tanpa kebenaran, sehinggakan ada pihak yang ingin mengundang "orang tersebut" menyertai pameran.

Bagaimanapun, ciri deno seorang yang penyabar dan pemaaf orangnya.

Moga apa yang beliau lakukan sekarang ini mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia.

Sekiranya anda seorang pelukis doodle, anda boleh sertai Facebook Do You Doodle - Doodle Malaysia 
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.