Masalah Kesihatan Halang Hawa Syazana Hadiri SBBYeos2015

Hawa Syazana Ingin Hadiri SBBYeos2015

Bro ingin kongsikan kisah tentang rakan blogger +Hawa Syazana yang berasal dari Terengganu yang teringin untuk hadiri Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015 pada hujung minggu ini.

Malangnya keadaan beliau dan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk turut sama pada tahun ini.

Perkara ini diluahkan beliau beberapa bulan lepas ketika banyak pihak rancak berbicarakan tentang Majlis Sepetang Bersama Blogge anjuran Denaihati Network yang diadakan setiap tahun.

Dimana, pada majlis tersebut terdapat beberapa ratus blogger dari seluruh Malaysia begitu juga dengan Brunie, Indonesia dan Kemboja turut hadir memeriahkannya.

Sepetang Bersama Blogger 2014

Gambar sewaktu Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014.

Nampak kekecewaan terpapar pada setiap status beliau yang ada kaitan dengan SBB2015.

Tempoh hari, beliau disyaki demam denggi berdarah dan jangkitan kencing tikus. Malangnya pihak hospital lambat mengesan gejala yang ada pada beliau.

Sehinggakan pada satu ketika beliau dalam keadaan tenat dan doktor terpaksa tebuk leher beliau. Waktu itu beliau dalam keadaan koma.

Menurut doktor, waktu itu kuman telah serang paru-paru, buah pinggang & saraf. Masuk hari ke2 ketika berada di ICU, doktor bagitahu kepada waris yang beliau tengah nazak 50-50.

Alhamdulillah,

Beliau sedar pada hari ke-9. Bagaimanapun beliau tidak seperti dulu, tidak mampu berkatakan dan menggerakan anggota badan.

Hawa Syazana Sedar Dari Koma


Hingga kini,

Beliau masih lagi dalam fasa recovery. Tetapi tidak mampu bergerak lincah seperti dahulu.

Beliau tidak mampu berjalan. Buat masa kini, beliau sedang belajar berdiri menggunakan tongkat 4.

Moga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Bro nampak semangat beliau berkobar-kobar untuk berjumpa dengan rakan blogger yang lain sewaktu Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015 kali ini.

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda mendaftar?

Jika belum, jom daftar sekarang di www.sbb.my dimana Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015 kali ini akan diadakan di Taman Cabaran Putrajaya pada 13 Jun 2015 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Info lanjut anda boleh baca di blog - http://www.broframestone.com/2015/05/sepetang-bersama-blogger-2015/
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.