Kisah Blogging Dulu-Dulu by Puan Noor Azlin

Kisah Blogging Dulu-Dulu by Puan Noor Azlin

Kisah Blogging Dulu-Dulu by +noor azlin yang dikongsikan di laman facebook beliau.

Dulu masa saya mula-mula berjinak-jinak dengan blogging world, saya dalam Niche make money blogging.

Masa tu blogshop-blogshop taklah mainstream sebagai source of income kepada blogger, jadi blogger buat duit pakai Pay Per clicks, affiliate dan seumpamnya.

Masa tu Blogger yang dalam aliran "Make Money blogging" ni dilayan lebih kurang sahaja oleh blogger-blogger yang jenis "Aku tulis semua benda dalam hidup aku, korang baca aku suka aku suka".

Make money blogger juga dikatagorikan sebagai "bukan sebagai pure blogger".

Pernah lah satu ketika borak-borak dengan sorang blogger ni... Kira dia ni otai lah. Dia kata Blogger tak patut cari duit dengan blog, thats not blogging.

Katanya blogger ni patut tulis benda2 yang boleh share, like life stuff etc. If dapat peluang advertorial, okeylah kira bonus. Pendek kata, cam berdosalah kalau masuk dunia blogging ni nak cari duit...

(Persoalannya : Siapa la blogger otai yang dia maksudkan?)

Tapi tu dulu.

Sekarang semua orang dah minda terbuka.

Buat duit dengan blogging sekarang dah jadi satu kerja yang diterima ramai.

Orang dah tak kesah tengok blog ada ruang iklan...Orang suka baca walau penuh dengan produk review.

Ada blogger cari makan menulis, ada buat blog review, ada buat design (macam I ni hahaha), jual produk, jadi retis (mcm +Bro Framestone  ).

Jarang-jarang jumpa orang yang blogging pure2 suci2 punya.

Jadi pendek kata, Majulah Blogging untuk Negara

(Walau sendiri dah lama tak update blog, asik main instagram ja... -Follow me @bizznurse )

Bicara Bro : Bila masa gua jadi retis. Gua hanya owner Blog BRO - Blog Retis Official sahaja.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.