Izza Erma Miss Most Potential‬ - Pencarian Wajah Felinna 2015‬

Izza Erma Ibrahim Miss Most Potential‬ - Pencarian Wajah Felinna 2015‬

Kenalan Bro, Izza Erma Ibrahim baru-baru ini dinorbatkan sebagai Miss Most Potential‬ bagi Pencarian Wajah Felinna 2015‬.

Tahniah dari kami di BRO - Blog Retis Official.

Pencarian Wajah Felinna 2015‬ bertujuan mencari wajah baru untuk membantu meningkatkan dan mengangkat nama Felinna ke peringkat antarabangsa.

Untuk itu, maka diadakan ujibakat untuk calon yang berminat. Akhirnya lebih kurang 100 peserta mencuba nasib, malangnya hanya 50 sahaja terpilih untuk ke pusingan seterusnya.

Sehingga tinggal 10 peserta melangkah ke pusingan akhir.

Pemenang dipilih bukan sahaja pada kecantikan,

Tapi mesti mempunya kateria-kateria wanita muslimah yang sejati untuk menjadi ikon wanita wajah felinna yang boleh bersama-sama berdakwah dengan hijrahbyfelinna.

Dalam masa yang sama dapat membawa remaja-remaja dan wanita di luar sana untuk berhijrah bersama hijrahbyfelinna.

Menurut Izza Erma Ibrahim,

Pencarian Wajah Felinna 2015‬ merupakan platform untuk beliau menjadi icon muslimah sejati.

Walaupun hanya mendapat gelaran Miss Most Potential, ianya tidak mematahkan semangatnya untuk terus membaiki kekurangan yang ada pada dirinya.

Bagi beliau, kecantikan hati dan jiwa perlu selari dengan luaran yang ditampilkan oleh muslimah sejati.

Apa-apa pun beliau mengucapkan terima kasih kepada Puan Felinna Nadea Ed Fatah kerana menganjurkan percarian ini. Banyak perkara yang positif dan pengalaman yang beliau dapat.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.