Norfa Nil - Tip Lupakan Bekas Kekasih

Norfa Nil - Tip Lupakan Bekas Kekasih

Hari ini, blogger +Norfa nil ingin berkongsikan 10 tip untuk melupakan bekas kekasih. Mesti ada diantara korang yang memang ada masalah untuk "move on" dan melupakan bekas kekasih anda.

Ianya dikongsikan di blog beliau www.norfanil.com berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Dan beliau berjaya melakukannya. Anda pula bagaimana?

Jom baca 10 tip untuk melupakan bekas kekasih dari Norfa Nil.

1- Buang Gambar

Buang semua gambar dan conversation yang kau orang pernah simpan. jangan cheat.. buang semua..

2 - Delete friend dunia maya

Tak kira la facebook ke, instagram ke, twitter ke, email ke. Delete semua. Jangan gatal pergi buat akaun lain nak stalk.

3 - Jangan stalk

Jangan sesekali stalk bekas kekasih korang. Lagi korang stalk lagi sakit hati. So belajar hidup sendiri dan bahagiakan diri sendiri. Be happy!

4 - Delete no telepon.

Ini paling susah sebab ada kala no telefon bekas kekasih memang ada dalam ingatan Kalau kau masih ingat no dia, kau cakap kat dia tukar no baru. haha.. Boleh pulak.

Kalau tak boleh jugak, berusaha la untuk lupakan nombor telefon dia walau macam mana sekali pun. Tapi biasa akan lupa sebab ditelan masa. Sedar sedar dah tak ingat dah. Tapi memang makan masa setahun dua. Melainkan kau orang memang jenis pelupa.

Untung kalau tak ingat nombor bekas kekasih ni. Sekali delete je, terus tak boleh nak contact dah. Ye la. Takkan nak minta lagi sekali kan.

5 - Buat dia benci

Sampai satu tahap, kau tak boleh nak melupakan. So kau tetap kacau dia, mesej dia. Setengah bekas kekasih ni dia tak rimas. So dia biar je kau kacau dia. Tapi sesetengah ni jenis yang rimas. Lama-lama dia block kau! haha.. Padan muka!

Tapi itu bagus sebenarnya. So bila dia benci kau, dia block kau. So tak boleh dah nak kacau dia. Bagus untuk kau, senang nak melupakan.

6 - Rebound

Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih adalah buat rebound. Iaitu cari pasangan lain untuk melupakan. Tapi orang kata ni jahat. Kau mainkan perasaan org lain.

Tapi ada setengah orang dia terbabas terjatuh hati. Bagi aku rebound ni best! haha.. balas dendam. Jahat tak jahat. Janji puas! erk..

7 - Cari Pengganti. Mak cari calon.

Yes, cari pengganti gerenti boleh melupakan bekas kekasih. Tapi kau kena pastikan ini bukan rebound. Kalau rebound nanti kau yang sakit.

Nak cari pengganti, tapi tak ada calon. Better suh mak kau yang carikan. Nanti kalau kau yang carikan lain pula jadi. Mana tau boleh dapat pengganti yang lebih baik. Eh.

8 - Sibukkan diri, Pergi bercuti

Ini cara common yang biasa orang buat. Sibukkan diri dengan kerja, sampai tak berfikir langsung pasal bekas kekasih kau. Then pergi bercuti bersama kawan-kawan. Gerenti bahagia. Lupa terus.

9 -Doa Mohon Mudah Melupakan

Balik pada fitrah manusia. Bila susah cari Tuhan. Sepatutnya ini tips pertama. Tapi aku saja letak last-last. Macam mana sekalipun, jangan berhenti berdoa minta pertolongan dari Allah supaya mudah melupakan, dan dijauhi buat perkara-perkara jahat seperti balas dendam.

Selain tu, mohon didekatkan Jodoh dengan orang yang baik.

10 - Ulang sehingga melupakan

Kalau tak dapat melupakan bekas kekasih, sila cuba lagi. Selamat maju jaya. Haha
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.