Tun M 'Disekat' Di Bazar Ramadan Kampung Baru

Tun M 'Disekat' Di Bazar Ramadan Kampung Baru

Kunjungan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke bazar Ramadan Kampung Baru pada hari pertama berpuasa 'disekat' orang ramai.

Namun jangan disalah sangka, bekas Perdana Menteri hanyalah disekat orang ramai yang mahu ber'selfie' dan beramah mesra.

Pemilik blog chedet.cc tiba kira-kira pukul 5.30 petang menghabiskan masa 45 minit berjalan di sepanjang 300 meter Jalan Raja Alang yang merupakan antara kawasan menempatkan gerai jualan bazar Ramadan Kampung Baru ini.

Berkemeja putih, beliau yang kini berusia 89 tahun dilihat sentiasa senyum dan tidak letih melayan kerenah orang ramai yang memohon untuk bersalam dan bergambar dengannya.-- Bernama
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.