Wira Muda: Muhammad Loqman Bin Karim


Wira Muda: Muhammad Loqman Bin Karim
Bro tertanya-tanya siapa sebenarnya Loqman Karim mangsa Gempa Bumi yang melanda Sabah baru-baru ini yang diperkatakan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

Di facebook, Bro memang tiada hubungan rapat dengan arwah.

Cuma mutual friend dengan arwah agak ramai dan kebanyakan mereka adalah Blogger. Arwah seorang yang aktif dengan aktiviti sukarelawan.

Mungkin disebabkan Bro kurang menyertai aktiviti sukarelawan selepas berkahwin membuatkan Bro tidak mengenali beliau secara rapat.

Wira Muda: Muhammad Loqman Bin Karim

Beliau merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi Gempa Bumi semasa mendaki Gunung Kinabalu. Seorang anak muda yang petah akal fikirannya dan bepegang teguh kepada isu kepentingan pendidikan dan kebajikan.

Loqman juga merupakan pelajar yang sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti mengajar anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Selain itu, beliau jugak aktif dalam menolong mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal. Anak-anak yatim & gelandangan dianggap rakan & keluarga olehnya. Seorang aktivis yang sangat mengagumkan & sukar untuk dicari ganti.

Berikut merupakan kata-kata beliau yang pernah direkodkan;

Secara asasnya, saya beriman dengan peri pentingnya masyarakat terutama mahasiswa untuk memberdaya golongan tertindas.

Apa yang saya perjuangkan adalah pendidikan dan kebajikan.
Pendidikan, mengajar anak-anak yatim di Al-Khairiyah, mengajar membaca dan menulis untuk anak-anak kelas hujung di SK Bangsar yang rata-rata mereka datang daripada keluarga miskin (TFTN).

Saya adalah Pengurus Projek TFTN di SK Bangsar. Mengajar anak-anak flat (Projek Iqra'). Tentang kebajikan, apa yang saya boleh tolong warga miskin kota/homeless/gelandangan adalah dengan membantu dari segi makanan, pakaian sejuk, dan tolong mencari pekerjaan.
Saya buat semua ini kerana mahasiswa wajar ada idealisma yang tinggi serta aktif dalam aktivisma. Mahasiswa adalah kuasa ke-3 untuk memberdaya masyarakat. Mahasiswa berperanan untuk membaiki kelompangan sistem, kebrobrokan sosial masyarakat, pendidikan dan sebagainya.

- Loqman Karim (Pelajar Tahun 3 Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa)

Al-fatihah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman & semoga ahli keluarga beliau diberi kesabaran yang kuat.

Bro sekarang kembali aktif bersama Projek Iqra' setelah beberapa tahun tidak bersama mereka.

Begitu juga dengan TFTN,

Kota Kelip-Kelip Poster

Projek Teater TFTN - Kota Kelip-Kelip dibawakan oleh Akademi Seni TFTN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.

Harap rakan-rakan sudi support usaha anak-anak TFTN dengan menjadi sukarelawan TFTN.

Para sukarelawan TFTN adalah terdiri dari sukarelawan mengajar dan bukan mengajar. Sukarelawan mengajar akan turun mengajar manakala sukarelawan bukan mengajar memberi sokongan strategik kepada TFTN seperti pengurusan, operasi, pengumpulan dana, kempen dan pengendalian aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Kelas dijalankan setiap hujung minggu oleh para sukarelawan yang mengendalikan kelas selama dua hingga tiga jam dalam kumpulan kecil.

Selain itu aktiviti sampingan seperti lawatan, hari terbuka, berkelah, ceramah, kursus dan bengkel; persembahan teater dan pertandingan melukis juga dijalankan sebagai cara untuk meningkatkan potensi anak-anak ini.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.