Ahmad Fauzi Aryaan Hampir Ditipu Sebelum Raya

Ahmad Fauzi Aryaan Ditipu

Pagi-pagi ini dah dengar cerita tentang blogger yang hampir-hampir kena tipu bila nak dekat-dekat nak raya ini.

Si +Ahmad Fauzi Aryaan hari ini kehilangan kunci kereta. Tak pasti hilang or tersilap letak.

Yang harunya, bila kunci spare boleh dia letak kat dalam dashboard kereta (Kau dah kenapa?). Memang gila meroyan beliau pagi-pagi ini.

Setelah berpeluh-peluh mencari (ketiak pun dah becak2), Akhirnya beliau membuat keputusan nak cari pomen.

Disebabkan kereta beliau versi baru, dia dikenakan charge RM180. Lagipun agak terdesak waktu itu, cuma pemikiran beliau agak waras.

Selamat dia bertanya pada rakan-rakannya, biasa berapa pomen amik RM50 untuk kes-kes macam dia nie.

Kemudian dia mencari kedai lain dan apek kedai itu amik duit kopi je - RM30.

Jauh beza kot RM180 dengan RM30.




Disebabkan apek ini jujur dan ikhlas, maka dibulan puasa ini, Fauzi Aryaan bagi extra duit kopi. Bukan nak apek itu beli air kopi untuk beliau, tetapi tanda keikhlasan dia buat kerja.



Bicara Bro : Orang kadangkala suka sembelih kaw kaw bila kita berada dalam kesusahan.

Apa-apa pun kena tenang, tarik nafas slow-slow. Bagi pengaliran oksigen ke otak mencukupi untuk membantu anda membuat keputusan dengan waras.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.