Bertatih Dulu Sebelum Berlari - Tun Faisal Ismail Aziz

Bertatih Dulu Sebelum Berlari - Tun Faisal Ismail Aziz

Bro ingin kongsikan status yang ditulis di facebook blogger +tun faisal ismail Aziz

Beliau berasa malu mendengar rintihan peguam muda. Beliau sendiri juga mempunyai degree (Bro juga). Apa yang dikongsikan dibawa adalah perkongsian dari beliau untuk bacaan anda semua.

***** Bertatih Dulu Sebelum Berlari - Tun Faisal Ismail Aziz *****

Teringat masa saya mula kerja dulu, naik motor ulang alik dari Ampang Jaya ke Seremban. Menumpang tidur di rumah mak sedara je.

Masa kerja sebagai Ketua Jabatan Farmasi di Selangor Medical Centre, Shah Alam, saya pakai kancil je. Duduk di Kg Jawa, menyewa rumah kampung, RM250 sebulan je.

Bila pindah kerja di KL, menyewa rumah kg, di Batu 6, Gombak. Rm600 je sewa. Lepas tu duduk di Taman Melati, Gombak rumah teres. Berkongsi rumah dengan adik, dua keluarga.

Tak pernah fikir nak beli rumah di KL pun sebab realitinya, belanja ikut kemampuan diri. Takkan baru kerja nak beli rumah yang mahal2 di Ampang?

Kehidupan memang macam tu. Semua orang biasa macam tu. Melainkan anak orang kaya.

Realitinya,

  1. Bertatih dulu sebelum berlari.
  2. Perlu berusaha sebelum berjaya. 
  3. Tak boleh berhenti berusaha, sebab ada masanya kita jatuh & susah
  4. Bersyukur dengan apa yang ada.
  5. Cari bersungguh2 kalau nak lebih
  6. Kalau tak ada rezeki dalam negara, carilah sampai ke luar negara.
  7. Ukur baju di badan sendiri
  8. Untuk adik tu, kawin lah dengan orang yang kaya, itu pun salah satu usaha juga nak jadi kaya.
  9. Belajarlah dari kaum lain yang sama2 mencari rezeki di Malaysia - cina, india, punjabi, indonesia, bangla, myanmar
Bak kata orang tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.