Iftar Bersama Rakan Blogger di 1 Utama

Lebih kurang dua minggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kesibukan menyediakan persiapan hari raya, tiap-tiap hari kita mempunyai agenda tersendiri untuk berbuka bersama keluarga, rakan-rakan mahupun bersama klient.

Bro sendiri tidak nafikan.

Kadangkala terkejar-kejar nak berbuka bersama keluarga, pulang ke kampung untuk berbuka dengan adik-beradik.

Tidak lupa juga berjanji berbuka dengan rakan-rakan mahupun dengan klient.

Iftar at Nando's Bersama Rakan Blogger

Baru-baru ini berkesempata berbuka puasa bersama rakan blogger di Nando's 1 Utama. Eh, ini bukan food review tau.

Disebabkan kami semua berada disana dan tidak plan pun nak berbuka sama.

Alang-alang perut memasing dah lapar, Bro cadangkan makan dekat Nando's. Selamat masih ada kekosongan lagi walaupun agak lewat waktu itu.

Apa-apa pun terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi berbuka puasa bersama Bro. Tak pasal-pasal muka korang masuk BRO - Blog Retis Official.

Bicara Bro : Dengar cerita +Halim Brothers nak buat iftar bersama blogger di Dataran Shah Alam. Berkonsepkan Potluck.

Jom kita reramai......
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.