Tip Sahur Dari Nisa Kay


Siapa tak kenal +Nisa Kay . Beliau merupakan blogger, model, usahawan  dan juga pengacara.

Beliau hari ini ingin berkongsi tip bersahur yang beliau amalkan sejak berlajar di Universiti dulu.

Biasalah zaman bujang, mana ada masa nak masak untuk sahur dan inginkan hidangan yang cepat disediakan.

Nisa biasanya bersahur dengan roti atau bijirin bersama secawan susu ataupun minuman coklat.

Beliau memilih fresh milk untuk bersahur. Bagi beliau, ianya mampu membuat beliau rasa lebih kenyang dan bertenaga jika dibandingkan makan makanan berat.

Sebab ada sesetengah orang, akan berasa cepat lapar walaupun masa sahur , makan hidangan berat .

Nestum 3-in-1 juga menjadi pilihan.

Dalam masa yang sama, beliau turut amalkan buah-buahan sewaktu bersahur.

Jangan lupa, selepas sahur perbanyakan minum air masak. Kandungan air daam badan perlu ada.

Itu sahaja tip ringkas dari Nisa Kay.



  
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.