Isu Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya - Khairul Faizie

Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya - Khairul Faizie Mohammad Kama

Salah satu tip yang dikongsikan oleh saudara Khairul Faizie Mohammad Kamar dilaman facebook beliau.

Tips Untuk Menangani Isu Saudara Mara Pemalas Di Hari Raya:
  1. Tegur baik baik secara bersemuka.
  2. Tak mampu secara bersemuka, guna orang ketiga / orang lain untuk tolong tegur. Contohnya minta mak saudara yang lebih otai ( dan selalunya lebih di hormati) untuk tolong tegur anak saudara ( cousin kita) yang malas tu.
  3. Kalau cara pertama & kedua pun tak mampu, maka pada saya, ambil lah sikap berlapang dada, belajar utk redha & ikhlas kan hati ( atas setiap kerja yang kita buat di kampung masa balik bercuti raya). Janganlah di luah di media sosial keburukan saudara mara sendiri ( x kira lah berapa geramnya kita). Dlm masa yang sama, jangan lupa gunakan kuasa DOA. Doa la pada Allah moga saudara mara/ ipar duai/ etc yang pemalas tu, berubah. Jangan guna kuasa FB.
Macam sia-sia aja tau kumpul pahala/ mintak ampun masa Ramadan,

Kalau baru 2-3 hari habis Ramadan kita buat dosa maki hamun saudara mara sendiri kat media sosial.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.