Tragedi Berdarah Low Yat 13 Julai - Buasir Otak

Tragedi Berdarah Low Yat 13 Julai

Akhirnya segala pertanyaan, persoalan dan teka-teki dalam Tragedi Berdarah Low Yat 13 Julai sama ada ia berpunca daripada kes kecurian telefon atau pun kes penipuan telefon telah pun terjawab setelah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dan juga Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak memberi kenyataan media hari ini.

Apa yang kita dapat tahu daripada insiden berdarah ini:
  1. Dua orang budak melayu curi telefon bimbit dari kedai sebelah atas dan larikan diri ke bawah.
  2. Peniaga kedai atas minta bantuan orang kedai Oppo di bawah untuk tangkap budak 2 orang tu dan setelah ditangkap mereka diserahkan kepada pengawal keselamatan dan kemudian diserahkan kepada polis.
  3. Kesalahan warga netizen yang pertama dalam menyebarkan maklumat tak betul adalah tiada langsung telefon Oppo yang terlibat dan dicuri. Hanya pekerja kedai Oppo yang terlibat kerana tangkap budak tu.
  4. Kedua2 budak melayu tu telah ditahan di balai polis. Yang betul2 mencuri masih ditahan dan rakannya telah dilepaskan atas budi bicara pegawai polis yang bertugas ketika itu.
  5. Malam itu budak melayu yang dilepaskan tu datang balik ke Plaza Low Yat bawak 6 orang geng untuk langgar peniaga Cina kerana didakwa mereka menipu jual telefon tak ori.
  6. Yang sebenarnya, dalam kes ini tiada langsung kes penipuan oleh penjual/peniaga cina, ia hanyalah cerita yang diada2kan oleh mereka, mungkin untuk meraih perhatian dan simpati dari orang melayu yang mereka telah ditindas untuk cover perbuatan mencuri mereka.
  7. Maka berduyun2lah beratus2 panglima melayu turun merusuh kat Low Yat dan belasah beberapa orang cina atas nama jihad serta laungan takbir.
  8. Malah di media sosial juga, para panglima papan kekunci ketuanan melayu turut menanam api kebencian dan membakar api perkauman terhadap kaum cina walaupun mereka tidak ada pun dekat situ.
  9. Lebih malang lagi mereka tidak mampu untuk mengetahui kisah sebenar dan tidak mahu menunggu kenyataan rasmi dari pihak berkuasa serta terus menghukum orang cina dan juga orang melayu yang tidak turut sama menyokong budak2 melayu tu malah digelar pengkhianat bangsa dan macai cina sedangkan kita hanya bencikan keganasan dan perkauman.
  10. Kini, aku tak dapat bayang apa perasaan melayu2 dungu pendek akal ni apabila dah tahu yang mereka dah kena game dengan 2 pencuri melayu. Serius, aku tak mampu nak gelak, hanya simpati yang boleh aku berikan.
  11. Aku rasa kesian kerana kita bermati2an berdemo, merusuh, mengamuk, berjihad, memaki hamun, bergaduh, hanya demi untuk mempertahankan orang yang salah iaitu 2 orang budak melayu yang telah melakukan kes jenayah curi. Rasa macam perjuangan tu sangat sia2 dan macam bodoh je.
  12. Malah yang lagi mengharukan apabila betapa ramainya melayu yang bangga dan mengangkat budak pencuri melayu tu sebagai wira kerana begitu berani melanggar kawasan cina.
  13. Mungkin ada melayu yang tak percaya pada kenyataan pihak polis dan percayakan budak tu, tapi jika kalau tanya aku, antara polis melayu dan some random budak melayu gangster yang takde gaya orang terpelajar, aku lebih percayakan polis melayu.
  14. Panjang lagi... bersambung di sini - http://buasirotak.blogspot.com/2015/07/tragedi-low-yat-kita-mempertahan-orang.html
Status yang dikongsikan di laman sosial oleh penulis Buasir Otak.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.