Cita-Cita Yuyu Zulaikha Nak Jadi Islamic Banker

Yuyu Zulaikha Nak Jadi Islamic Banker

Jika satu ketika dahulu, +Yuyu Zulaikha pernah bercita-cita nak jadi Islamic Banker, sehingga sangguh tukar Universiti masuk Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Akhirnya, beliau menukar fikiran untuk menjurumuskan diri dalam bidang perniagaan.

Beliau yang baru bergelar graduan tetap bersyukur, walaupun tak dapat jadi banker, tapi banyak ilmu yang boleh diguna pakai dalam perniagaan.

Termasuklah, jangan terjebak dengan "RIBA".

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan KUIS yang telah selesai menghadiri majlis konvokesyen baru-baru ini.

Ramai dari kenalan beliau  ada yang jadi banker, ada jadi akauntan, ada jadi cikgu, ada jadi tokey kilang.

Bagi beliau, itu semua rezeki masing-masing.

Yang penting, semoga jadi manusia yang bukan berkepentingan diri sendiri, jadilah yang selalu memberi kepentingan kepada ummah. (Tediaaa!)

Akhir sekali, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang selalu menyokong usaha yuyu dan berdoa.

Dengar cerita, beliau ada niat nak sambung pengajian. Moga dipermudahkan.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.