Akubio Med Pernah Jadi Usahawan Cendawan Tiram

Akubio Med Usahawan Cendawan Tiram

Tak sangka, satu ketika dahulu rakan blogger +AkuBiomed pernah menjadi usahawan Cendawan Tiram dari rumah.

Bagi Bro, tiada yang mustahil bagi beliau yang selalu berkongsikan tip dan panduan D.I.Y yang biasa beliau lakukan bersama keluarga di rumah.

Baru-baru ini beliau memuat naik gambar cendawan tiram yang pernah beliau usahakan di laman facebook. Gambar ditemui sewaktu membelek folder gambar dalam koleksi beliau.

Waktu itu, beliau membeli 100 beg media cendawan dan buat rak untuk cendawannya daripada katil besi. Bilik kosong dijadikan tempat simpan beg media cendawan

Tidak habis makan sendiri sampai jual kepada jiran tetangga

Bagaimanapun, beliau kini tidak lagi mengusaha cendawan walaupun ianya paling mudah untuk diusahakan oleh beliau.

Sehingga hari ini, jiran-jiran beliau ada yang bertanya "kenapa tidak lagi jual cendawan tira?" Bagaimanpun beliau sendiri tidak ada jawapan pada soalan tersebut.

Jika berkesempatan, jemput baca blog beliau - www.akubiomed.com

Bicara Bro : Dulu masa kecik, Bro juga pernah berimpian nak jadi usahawan cendawan tiram. Cuma tidak mendapat sokongan dan kekurangan informasi (zaman dulu internet dial-up)
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.