Bisnes Mengajar dan Menguji Kesabaran - Ziera Zain


Bisnes Mengajar dan Menguji Kesabaran - Ziera Zain
Ingat senang ke nak letakkan nama seiring dengan nama-nama hebat dekat dalam list belakang tu...

Ada yang datang memang dari keluarga kaya nak start bisnes, ada yang memang lahir-lahir atas dulang emas, dan ada jugak yang senasib dengan akak, orang marhaen tapi dipilih Allah untuk hidup dalam jalan bisnes.

Dulu, harga booth premium RM2,800 macam gitu memang boleh korek hidung jela kalau org bagi flyers, mana mampu... mahal semahal mahalnya.... belum masuk kalau musim raya, harga booth naik 2-3 kali ganda.

Booth pertama yang kami join harga dia cuma RM76 sehari iaitu di Pasar Karat Seksyen 13 Shah Alam. Fuhhh panas dia kau jangan cite laaa... time tu booth harga murah macam tu pun dikongsi berdua tau.... kalau bulan Ramadhan rasa nak berbuka je sebab tak tahan punya pasal... khemah outdoor 10x10 bila balik bazaar Blink Souk muka merah2 macam udang bakar...

Orang yang ada time tu cuma Ibu dan abah jela, rajin bangun subuh, terus gerak ke Pasar setiap hari Ahad. semangat meniaga time tu setinggi gunung Everest betul! Sambil panas2 pandang langit dan bermonolog dengan Allah... semoga dititipkan kekuatan untuk terus istiqamah...

So when time flies, dah dua tahun rupanya saat2 tu berlalu, beban makin bertambah, tido tak lena, tanggungjawab keluarga sikit2 jatuh kat atas bahu ni... nak kene melayan kerenah pekerja tak berdisiplin, bipolar... Ish! Susah jugak dunia ni kan?

Apapun, pengajarannya, bisnes memang mengajar dan menguji, siapa sebenarnya kita ni... Menguji kesabaran, kekuatan... etc etc....

‪#‎zeezjourney‬
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.