8 Tip Bercuti Di Pulau - Mat McDean

8 Tip Bercuti Di Pulau - Mat McDean

Perkongsian di laman facebook milik blogger Mat McDean yang juga merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim.

8 Tip Bercuti Di Pulau

  1. Kalau anda jenis bekpeker adalah lebih afdhal pakai bagpack bukan beg tarik ala-ala Akademi Fantasia (AF). Ada tempat, kita kena naiki bot untuk sampai ke pulau/hotel/hostel..etc. Kemudian kena berjalan pula atas pasir. Penggunaan backpack lebih digalakkan bahkan senang dipikul.
  2. Sekiranya pergi pulau, jangan pula anda memakai heels, sandal hari raya, kasut liplap etc. Bawa selipar (beach slipper), kasut getah. Sekiranya basah, ianya senang untuk dijemur & cepat kering.
  3. Makanan ringan yang wajib bawa seperti cokelet, biskut, milo 3in1. Jangan bawa beras 1 peket yang 5 kg sudah la. Cukup sekadar alas perut, ini kerana di pulau agak sukar nak dapat makanan ringan. Selalunya yang dijual di pulau, harganya hampir 2 kali ganda dari harga asal. Kan dah jimat.
  4. SUNBLOCK - Jika anda sayangkan kulit dan takut sunburn. Anda perlu cari/beli spf bawah 130. Kalau rasa tak nak pakai, tak payah beli. Hitam itu tetap menawan.
  5. Bila travel, kita sebenarnya seperti rusa masuk kampung. Moral of the story, ringankan mulut anda untuk bertanya. Jangan letakkan harapan yang tinggi dengan Google bila anda berada di dalam pulau.
  6. Ubat-ubatan - Elok sediakan untuk diri sendiri & anak-anak. Takut tiba-tiba terjatuh sakit, muntah-muntah, demam atau alahan. Sekurang-kurangnya, kita boleh berharap pada ubat yang kita anda sementara dalam perjalanan ke klinik.
  7. Charger - Bawak plug adapter anda sendiri. Ada sesetengah hostel agak hampeh dimana charger biase tak boleh digunakan, Maka terpaksa charge di kaunter dan mungkin anda akan dikenakan cas per jam.
  8. Beg kalis air - Sekiranya anda menyertai aktiviti snorkeling atau berkaitan dengan air. Elok sekiranya anda membawa beg kalis air. Terutamanya jika anda membawa kamera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.