Bila Tersilap Langkah - Abang Ensem

Bila Tersilap Langkah - Abang Ensem
#‎MotivasiHartanah‬ - Bila Tersilap Langkah, perkongsian blogger hartanah +abang ensem dilaman facebook beliau.

Baru-baru ini aku sempat menemuduga seorang anak muda bercita2 tinggi perihal gaji paling ideal yang sepatutnya diperolehi oleh beliau, seorang graduan universiti ternama.

Angka RM5K merupakan jawapan beliau yang baru 2 tahun memulakan langkah dalam kerjayanya. Tergamam aku !!

Gaji sebanyak itu sebenarnya hanya aku perolehi setelah hampir 8 tahun aku bergelar pekerja dahulu. Lantas, aku cuba bertanya rasional angka tersebut kepada beliau.

Kenaikan kos hidup menjadi alasan beliau dan setelah didesak untuk memperincikan 'kos hidup' yang bagaimana yang menyebabkannya berasa 'sesak', rupa2nya terdapat beberapa simbol status 'kejayaan' yang tidak sepatutnya beliau beli (pada hemat aku).

Kondominium setengah juta di lokasi 'pinggir bandar' telah menyebabkan hampir 80% gaji beliau sekarang terpaksa dipinggirkan. Tatkala ditanya, kenapa kondo tersebut menjadi pilihan? Ternyata, "kediaman impian" menjadi jawapan anak muda pertengahan 20an ini.

Wahai anak2 muda yang sedang membaca status ini, TANGGUHKAN DAHULU impian memiliki kediaman impian.

Perbetulkan dahulu kedudukan kewangan anda. Aku hanya membeli kediaman impian (rumah bertanah) setelah 9 tahun me'lurus'kan cashflow aku. Sepanjang 9 tahun itu, aku hanya mengumpul rumah2 busuk dan buruk yang mampu menambahkan 'aliran masuk' duit ke akaun aku. Apabila gaji dan tambahan 'aliran masuk' ini bersatu, barulah aku memenuhi impian aku.

Bukan apa, aku tidak mahu diri aku terjerat sepertimana anak muda ini yang kini sedang mengeluh apabila majikan mula mengurangkan elaun beliau atas alasan 'kegawatan ekonomi'.

P/S : Jangan sekadar membaca. Kongsikan bersama anak2 muda di sekeliling anda.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.