Sifat "Muslim" Di Malaysia - Raisyyah Rania Yeap

Erm...sebenarnya saya rasa dan tahu bukan semua orang kita macam ni...

Tapi jujurnya, saya pernah alami situasi yang agak serupa.

Ada pernah sekali saya cuba tunjuk pada mama saya sendiri bagaimana universal dan indahnya Islam, dan peluk Islam tak bermaksud jadi Melayu...dan saya bawa beliau ke suatu masjid bertemakan seni bina Cina di P***k.

Lamaaaaaaaaa juga saya cuba pujuk Mama untuk melawat masjid dan macam2 alasan dan sebab yang saya bagikan supaya beliau "tertarik" dan setuju untuk pergi dengan hanya tujuan melawat dan melihat2 sahaja.

Akhirnya beliau kata OK.

Subhanaallah!
Iklan Anak Genius gstarkids

Happy sangat2 hati saya masa tu!

Maka saya bawa Mama ketika tak ramai orang di masjid supaya beliau lebih selesa. Mama saya seorang yang segan dan tidak suka menyusahkan orang lain. Saya pastikan Mama berpakaian secara sesuai. Mama pun faham dan beria-ia nak show respect dan berpakaian sopan.

Sampainya di masjid, saya bagi salam dan masuk dulu dan nampak seorang pakcik tengah cuci kaki di luar. Agaknya pakcik tu penjaga masjid.

Saya tanya pakcik tu, "Pakcik, ni saya bawa Mak saya nak jenguk2 lawat masjid kawasan luar je.

Mak saya belum Islam lagi. Boleh ye, pakcik?"

Muslim Di Malaysia - Raisyyah Rania Yeap
 Sambil saya suruh Mama saya melangkah masuk.

Pakcik tu kelihatan seperti kurang puas hati dan nampak agak "grumpy"...dan saya agak terkejut dengan cara pakcik tu sambut non-Muslim yang mahu melawat.

Mungkin dia rasa leceh ada orang nak masuk lawat. Cara dia pandang Mama saya pun macam jijik je.

Saya amat terkilan. Ketika itu juga saya bersungguh2 menahan airmata dari berderai. Tak tau kenapa. Sedih kot.

Sedih mungkin sebab saya tahu kelakuan pakcik itu akan membuat Mama saya tak selesa dan mahu balik terus sebab segan.

Dan sangkaan saya betul.

Pakcik tu dengan nada yang tak puas hati kata kat kami, "Nak masuk kena cuci kaki tu dulu! Nanti buat kotor."

Riak muka pakcik tu seolah-olah jijik dengan insan yang melahirkan saya tu.

ALLAH.

Sampai begitu kotor dia pandang ibu saya.

Kalau benar pun Mama saya kena basuh kaki sebelum masuk pun, saya rasa tak perlu cakap dengan nada sedemikian dan pandang jijik sebegitu.

Geram, tapi saya tetap control. Sabar.

Lepas saya translate ke Bahasa Cina untuk pemahaman Mama saya (beliau tak pandai bahasa Melayu sebab keluarga takde duit hantar belajar masa kecil)...beliau terus panik dan rasa segan.
Beliau tarik lengan saya dan kata, "Tak mengapalah, kita baliklah. Tengok, kan orang dah marah tu."

Padahal Mama saya pakai stoking sekali sebab beliau pernah dengar saya kata kaki tu pun aurat dan kena tutup sebagai Muslimah.

Saya terkedu seketika sambil melihat pakcik tu jalan meninggalkan kami.

Menahan airmata lagi.

Akhirnya saya bawa Mama saya pergi tanpa sempat masuk melihat.
Saya tahu, lepas kejadian itu akan jadi lebih susah untuk mengajak Mama ke masjid lagi.

Namun, bukan semua orang kita begitu. Mama pun pelik dan tanya, "Kenapa masjid ni orang tu minta kena basuh kaki dulu, dan masjid dulu (yang saya ucap syahadah tu)...tak perlu?"

Saya pun hanya dapat jawab, "Tak tau. Mungkin pakcik tadi tu mood tak baik."

Malu saya nak backup.

Kredit : Facebook Raisyyah Rania Yeap
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.