Perdebatan Sesat-Salah-Neraka - Fdaus Ahmad

Di bulan November 1915, 100 tahun yang lampau, seorang lelaki yahudi di Berlin bernama Albert Einstein sedang menyiapkan fasa akhir sebuah kertas kerja untuk dibentang pada delegasi Prussian Acedemy of Sciences, sebuah institusi akedemi 'hearing' untuk pembentangan teori teori saintifik yang baru ditemui.

Kertas kerja ini mengandungi sebuah teori abadi, yang diberi nama;

General Theory of Relativity.


Albert Einstein


Ahli sains seluruh Germany (dan Eropah, dan seluruh hemisfera barat umumnya) berdebat dan cuba menyalahkan Einstein untuk 4 tahun berikutnya sebelum teori saintifik agung (yang membetulkan kefahaman manusia terhadap alam semesta ciptaan Tuhan) itu disahihkan benar dan dipersetujui secara tuntas. Lalu setelah itu seluruh penduduk bumi tidak kira muslim kafir mendapat faedah yang tak terkirakan atas nama sains, teknologi dan kemajuan.

Di bulan November 2015, 100 tahun selepas itu, beberapa orang lelaki (dan perempuan mungkin) di Malaysia masih tidak puas menyalah sesatkan lelaki (dan perempuan) yang tidak sealiran, dan proses sesat-salah-neraka tidak putus putus dibentang bahaskan di media sosial.

Proses salah-sesat ini telah berlangsung selama beratus tahun dan akan terus berjalan untuk ratusan tahun yang akan datang (mungkin). Tidak pastilah sejauh mana perdebatan sesat-salah-neraka ini memberi manfaat kepada umat manusia di masa kini dan di masa akan datang.

Tapi itu semua tidak menjadi kekhuatiran, kerana yang lebih penting pastilah ketentuan syurga milik para lelaki berbalah, dan neraka pula telah dicipta untu si lelaki seperti Einstein.

Apabila ditanya mengapa di dunia ini orang kafir lebih pandai, maju dan laju berbanding penghuni syurga?

Maka jawapan yang tiba;

"Orang kafir memang menang di dunia, orang berbalah pula menang di akhirat".

Ohhh..Begitu mudah rupanya Tuhan menyusun nasib hambaNya.

Kredit : Facebook Fdaus Ahmad.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.