Asal Usul Penubuhan Sindiket Sol-jah

Sudah 10 tahun rupanya Sindiket Sol-jah ditubuhkan.

Teringat lagi zaman Bro mengikuti perkembangan dan aktviti mereka setikar tahun 2007 yang menjadi bualan mulut dikalangan rakan blogger ketika itu.

Mungkin ada diantara anda yang ingin mengetahui asal usul penubuhan Sindiket Sol-jah. Hari ini Bro akan kongsikan artikle yang dikongsikan oleh +Mohzan OP Zaharin di laman facebook beliau.

Asal Usul Penubuhan Sindiket Sol-jah

Asal Usul Penubuhan Sindiket Sol-jah


Sepuluh tahun dulu, kami berlima - saya, Sinaganaga Lan Benhussain, Mohd Iqbal Sirajudin (Jigo Morisson), Nazri Vovinski Annuar dan Mohd Azlan Idris (Amir Mukhriz) duduk-duduk minum kopi di Restoran Fatima di bucu Jalan Bangsar.

Macam-macam yang kami bualkan, antaranya mengenai kurangnya bahan bacaan untuk anak-anak muda. Pada ketika para sarjana dan media perdana 'membelasah' golongan muda kerana kurang membaca, hari itu kami sepakat mahu menulis, kemudian menerbitkan sendiri buku-buku untuk kelompok yang tak dipandang langsung oleh penerbit-penerbit mainstream pada ketika itu.

Hasil sembang-sembang di senggang petang itulah, kami tubuhkan Sindiket Sol-jah. Misi kami, menyuntik pop ke dalam seni penulisan.

Kemudian, Nazmi Yaakub, Mat Jan, Spyz Tom Faizul, Tok Rimau, Suzairul Izan (Samurai), Firdaus Abdillah Hamzah (Pipiyapong), Azzam Supardi, Dean Sham, Muhammad Zaini Sharudin (Zan Zaini) menyertai Sindiket Sol-jah.

Kami tidak melakukan semua ini secara sepenuh masa. Siangnya, kami di pejabat melakukan kerja-kerja makan gaji. Ada yang kerja sebagai eksekutif IT, pereka, akauntan, pensyarah, wartawan dan lain-lain.

Di sebelah petang, kami menempuh kesesakkan lalulintas, berjumpa kadang-kadang di bucu Jalan Bangsar, kadang-kadang di bucu DBP. Sambil mencicip kopi, dengan susah payah kami memikirkan konsep-konsep penulisan yang penulis lain belum tulis dan konsep buku yang penerbit lain tak mahu terbit.

Malah dari saiz buku yang boleh dimuatkan ke dalam poket, jenis kertas sehinggalah kepada rekabentuk muka hadapan juga rekaletak isi buku yang tidak mengikut penerbitan perdana.

Melalui duit jualan buku, kami mula menganjurkan acara Malam Baca Naskah Sindiket Sol-jah dan Kawan2 Yang Kita Suka (MASKARA), pentas untuk budak-budak muda menunjukkan bakat seni mereka tanpa prejudis, tak dinilai sesiapa mahu pun dilabel itu ini. Ekspresi seni yang tidak ada di aliran perdana.

Kami mendapatkan kerjasama Persatuan Penulis Nasional (PENA), menggunakan Rumah PENA sebagai ruang untuk anak-anak muda berkumpul menjalankan aktiviti seni mereka. Malah ada dikalangan anak-anak muda ini sudah memiliki penerbitan buku indie/diy/alternatif juga menganjurkan acara-acara seni mereka sendiri.

Selama sepuluh tahun ini juga bukan sedikit kata-kata belakang, kata-kata sisi, caci dan hina yang dilemparkan kepada kami. Malas nak cerita lebih. Kata-kata itu masih membekas dalam hati. Sehingga hari ini, perjuangan seni Sindiket Sol-jah masih sama - mahu jadi seperti 'The Beatles' dalam industri buku, juga untuk terus menerbitkan bahan-bahan bacaan bagi mengalakkan anak-anak muda membaca.

Penerbit mainstream mempunyai rangkaian perniagaan yang luas, pekerja yang ramai, operasi yang tersusun. Seharusnya mereka menumpukan kepada perkara-perkara besar untuk industri buku ini. Jadi, ada rasa kecewa dan sakit hati, bila penerbit mainstream dengan selambanya mula mencedok konsep penerbitan dan penulisan indie/alternatif kami serta rakan-rakan penerbit buku hiliran yang lain.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.