Hazman Fadzil Kini Bergelar Usahawan Nanas


Hazman Fadzil Kini Bergelar Usahawan Nanas

Siapa tidak mengenali Food Blogger yang terkenal di Malaysia - +hazman fadzil yang kini menjadi usahawan pertanian  di Negeri Sembilan.

Selepas berkahwin, beliau mula berjinak-jinak dalam peniagaan buah nanas di beberapa pasar tani/pasar malam sekitar Senawang/Paroi.

Ini nanas bukan sebarang nanas,

Nanas yang beliau jual merupakan Nanas MD-2 yang dijual pada harga RM10 sebiji.

Terasa mahal?

Rasa jus dan testurnya pasti membuatkan anda merasakan berbaloi-baloi untuk mencubanya.

Tidak dinafikan, ada yang datang dari luar kawasan mencari nanas dijual di gerainya. Alhamdulillah, murah rezeki beliau selepas berkahwin.
Hazman Fadzil Kini Bergelar Usahawan Nanas



Jika diikutkan peniagaan ini merupakan peniagaan keluarga mertua beliau, dan kini beliau menguruskan bahagian pemasaran untuk mempromosikan nanas ini pada masyarakat setempat dan juga dari luar.

Keluarga mertua beliau banyak mendorang dan memberi tunjuk ajar untuk beliau memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan dan baru-baru ini, beliau telah menyertai beberapa bengkel keusahawanan untuk memantapkan lagi ilmu di dada.

Menurut beliau,

Sejak melibatkan diri dalam peniagaan ini, beliau sendiri merasa satu kepuasan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai usahawan, penyambung peniagaan keluarga, bahkan sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki yang halal buat keluarganya.

Apa-apa pun, kami di BRO - Blog Retis Official berharap cita-cita dan impian beliau bersama keluarga tercapai.

Amin.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti di www.instagram.com/jusbobnanas
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.