Ilaollao Cetus Budaya Yogurt Serba Baru di Malaysia

llaollao, yogurt sensasi dari Sepanyol telah mencetuskan budaya yogurt antarabangsa di empat benua, kini boleh didapati di Malaysia.



llaollao, jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia, ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan makanan yang rendah lemak dan rendah kalori namun tinggi dari segi khasiat dan rasa.

Ilaollao Cetus Budaya Yogurt Serba Baru di Malaysia


Ianya bukan sekadar pencuci mulut atau snek - ia begitu lazat dan berkhaziat – dan boleh dijadikan satu sajian penuh.


Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.


Kisah kejayaan llaollao bermula pada tahun 2009 di Sepanyol. Dalam tempoh dua tahun, lebih daripada 100 cawangan telah dibuka di seluruh dunia. Hari ini, llaollao boleh didapati di kira-kira 200 cawangan di 26 buah negara di benua Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Afrika.

Cawangan llaollao yang pertama di Malaysia dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2015 dan mendapat sambutan hangat apabila pengguna beratur bagi merasai sendiri yogurt yang terkenal di dunia.

Cawangan kedua dibuka di Mid Valley Megamall pada 2 Disember 2015, dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Mereka merancang untuk membuka 35 lagi cawangan di Malaysia menjelang akhir 2018.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.