Terkenal di Langit - Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad - Abuain Kitchen Studio

Terkenal di Langit tulisan rakan blogger Khairul Hakimin Muhammad akan berada di pasaran pada awal tahun 2016 ini.

+Khairul Hakimin Muhammad banyak berkongsi cerita di laman facebook dan seronok membacanya. Kebanyakan cerita yang dikongsikan merupakan cerita sebenar.

Ada beberapa ceritanya juga menjadi viral di laman sosial. Cuma kali ini, ianya dibukukan untuk tatapan anda semua.

Di sini Bro kongsikan kata-kata beliau sewaktu mengumunkan buku "Terkenal di Langit" sudah boleh di tempah secara online sebelum ianya akan berada di kedai buku.

****************

Untuk kalian.

Yang ajar saya apa erti kehidupan. Yang saya pula tulis balik dan kongsi kepada kalian.

Segala denyut kita yang selalu tak reti dalam melihat, tak nampak dalam memerhati. Untuk semua yang selalu kita dengar tetapi tak masuk dalam hati.

Dan bagi segala manusia yang sudah tahu erti mati tetapi tak bersedia untuk pergi.

Ini hanya kisah biasa-biasa. Bukan kisah insaf untuk memandaikan kalian mengaji, bukan juga kisah untuk beri bijak dalam kelas.

Ini kisah manusia yang sama hajat, sama mimpi dan sama cita-cita.

Untuk dapat syurga yang Tuhan janji.

Terkenal di Langit. Akan berada di rak buku seluruh negara, awal 2016.

RM23/naskah. Terbitan Legacy Publishing.

***** Tawaran Istimewa *****

Tawaran istimewa buku bakal terbit ‪#‎TerkenalDiLangit‬ dan ‪#‎TravelogPerempuanJalanTunRazak‬ hanya untuk 6 hari sahaja lagi HANYA RM20.

Mahu jadi pembaca terawal dengan harga istimewa ini? Klik link di bawah dan ikuti langkah-langkah yang telah disediakan.

Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.