Trivia 2015 - Kisah Blogger Ditangkap Mencuri

Mungkin anda masih ingat tentang peristiwa seorang blogger yang ditangkap kerana dituduh mencuri dalam pasaraya.

Kisah ini menjadi viral dilaman sosial bila dapati bahawa beliau sebenarnya tidak bersalah.

Agak teruk juga beliau disoal siasat sehingga dikehendaki menanggal baju semua serta dilepuk kepalanya orang seorang staf yang bertugas.

Malangnya beliau sendiri tidak bersalah, dan lebih malang lagi yang melepuk kepala dia diberhentikan kerja serta merta.

Jangan memain dengan blogger terkenal - +Khairul Hakimin Muhammad

Blogger terkenal - Khairul Hakimin Muhammad


Jom baca trivia 2015 yang dikongsikan beliau di laman facebook mengenai kisah beliau dituduh dan dilepuk kepalanya (kalau lupa kisah ini, anda boleh baca di SINI) serta trivia-trivia yang lain.

**********

Pada tahun 2015, saya pernah dituduh mencuri di sebuah kompleks membeli belah hingga disuruh buka baju semua. Mereka akui mereka silap.

Yang menuduh digantung kerja dan yang melepuk kepala saya dibuang kerja.

Takdir Tuhan saya terserempak dengan yang melepuk kepala saya, dia menjual air di pasar malam dan saya membeli dengannya. Saya kata pada dia, “Abang ingat saya? Dia geleng. Saya kata “sayalah orang yang buat abang berhenti kerja,”

Kemudiannya dia menghulur salam dan memeluk saya.

Dia kata hidup dia dah berubah. Sekarang dia lebih banyak dengan keluarga dan lebih seronok berniaga dari jadi jaga.

**********
Pada tahun 2015, saya pernah menangis bersama-sama dengan seorang abang di tepi masjid usai solat asar. Saya tanya kenapa dia menangis, dia geleng.

Saya tanya lagi kenapa ni?

Dia menangis teresak-esak, saya pun duduk di sebelahnya. Dia siap merengek-rengek dan bersandar di bahu saya.

Udah saya pulak rasa nak menangis dan akhirnya terjoin sama.

Tup tup ada orang tua datang dan lepuk bahu dia, “Dah! Jom balik! Marah sikit, merajuk!” Saya pun terkejut dan tanya pakcik tu kenapanya ni?

Pakcik tu kata anak dia dah lama sakit sambil jari telunjuk dia buat pusing-pusing tepi kepala.

**********
Pada tahun 2015, pada satu hari khamis. Saya menyelak dompet dan hanya ada enam keping RM1.

Saya hidupkan siput gondang dan tengok hanya ada satu takuk minyak. Tanpa fikir saya terus ke stesen komuter, parking motor dan naik komuter dari UKM ke Batang Benar dan kemudiannya jalan kaki lebih 5km ke tempat kerja.

Balik pun sama (Cuma dari kilang ke KTM saya tumpang orang).

Saya ulang perkara itu selama dua hari.

Hingga hari ini jika isteri saya belum baca post ini, dia masih tak tahu. Waktu itu waktu sukar, isteri saya kerap bersedih kerana anak masih belum sihat. Saya tak mahu tambah kerisauan beliau.

Cewah.

**********
Pada tahun 2015, 9 kisah ‘story telling’ dari FB saya diviralkan. Manakala 1 resipi mendapat 4,000 share, 2 resipi mendapat sekurang-kurangnya 700 share dan 5 resipi mendapat sekurang-kurangnya 150 share.

Manakala penulisan di blog (www.kuahkari.com) pula, saya telah menulis sebanyak 271 post dengan konsistensi pelawat setiap hari 650-1,000 view.

**********
Pada tahun 2015, saya pernah bermimpi saya mati.

Saya lihat sendiri emak saya menangis. Isteri saya menangis dan anak saya meraung-raung jerit “jangan tanam abah! jangan tanam abah!”.

Saya lihat satu demi satu proses dari saya dimandikan hinggalah saya dikebumikan.

Saya lihat bapa mertua saya menekup-nekup mulut dan mengesat air mata.

Saya lihat semuanya dengan jelas dan masih jelas hingga ke hari ini dalam ingatan.

Sampailah saya kembali balik ke rumah dan lihat semua orang masih bersedih, saya panggil emak, panggil abah, panggil isteri saya, semua menangis tanpa seorang pun berpaling kepada saya.

Saya sedar apabila ‘Ain kejutkan saya mahukan susu.

Waktu saya sedar itu memang saya dalam keadaan menangis, air mata melimpah-limpah masih tak henti-henti

 **********
Pada tahun 2015, saya diperli dan diketawakan oleh seorang doktor dan beberapa rakannya di sebuah Hospital Swasta kerana saya tidak pandai berbahasa Inggeris bila semua soalan beliau dalam bahasa inggeris saya jawab dalam Bahasa melayu.

Saya bertenang dan hanya jawab kepada dia, saya hanya pernah menulis 26 e-book setakat ini dan dua buah buku.

Semua Bahasa melayu.

Semua berhenti ketawa serentak. Saya pula pandang ke atas dengan tangan di dada, hidung terkembang-kembang sambil senyum memandang siling.

(ayat terakhir itu saya tipu, ha ha ha)

 **********
15 Masakan (dan resipi) Sebelum Merdeka Yang Paling Diingati Oleh Ayah Saya

Pada tahun 2015, sebuah syarikat penerbitan akhbar mahu saya menyediakan 10 masakan sebelum merdeka. Saya pun berpakat dengan abah saya dan alhamdulillah kami berjaya menyiapkan 15 masakan.

Tetapi pihak akhbar tersebut langsung tidak dapat dihubungi. Akhirnya saya buat keputusan untuk memasukkan entri tersebut di blog saya, kuahkari.com dan ia menjadi viral seketika. Tajuknya ialah:

15 Masakan Sebelum Merdeka Yang Paling Diingati Oleh Ayah Saya.

Link: http://www.kuahkari.com/2015/08/15-masakan-dan-resipi-sebelum-merdeka.html

IKLAN : Khairul Hakimin Muhammad kini hadir dengan buku Terkenal Di Langit dan anda boleh buat tempahan sekarang.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.