Uncle Zuan Terkilan Tambang Komuter Naik, Tapi...

Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) mengumumkan kenaikan tambang perkhidmatan Komuter di Lembah Klang.

Ini secara tidak langsung meningkatkan kos pengangkutan awam yang selalu dijadikan pilihan bagi sesetengah rakyat negara untuk mengelakkan kesesakan jalan raya mahupun menjimatkan duit untuk pergi bekerja.

Salah seorang yang merasa terbeban dengan kenaikan tambang perkhidmatan Komuter ini, +Uncle Zuan yang merupakan seorang blogger dan pengguna tegar Komuter untuk ke tempat kerja dari Senawang.

Kenapa beliau memilih Komuter?

Menurut beliau, ianya lebih menjimatkan dan masa perjalanan yang panjang membolehkan beliau berehat didalam komuter sewaktu ke tempat kerja.

Lagipun sudah 2 tahun beliau menggunakan perkhidmatan ini.

Dalam masa yang sama, beliau boleh melihat telatah dan karenah pengguna Komuter yang berbeza setiap hari. Mana tahu, terserempak dengan jodoh ke (ok, yang ini Bro yang tambah sendiri).

Cuma baru-baru ini, beliau terpaksa menggunakan perkhidmatan bas dimana ianya lebih murah jika dibandingkan dengan tambang Komuter.

Bagaimanapun perkhidmatan bas adalah terhad,

Sehinggakan beliau terpaksa mengunakan perkhidmatan komuter. Kalau tidak, terpaksa merempat dekat KL lepas habis kerja, tak dapat pulang ke rumah he...23x

Bicara Bro : Kadangkala gaji habis untuk cover kos pergi kerja.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.