Apa Saya Perlu Lakukan? - Firdaus Feeq

Apa Saya Perlu Lakukan? - Firdaus Feeq

Nak mintak pendapat.

Ingat tak hamba Allah yang hutang saya dan company saya more than 10K (bayar sikit2 tapi tak consistent) since June (dia ada GTR, Alphard etc). Alhamdulillah tadi baru dia bayar last payment. Tu pun lepas delay lagi.

Sekarang ni dia mintak saya tolong delete comment negative saya di FB page dia (saya dah lakukan sebaik saja dia suruh saya lakukan walaupun dia belum bayar habis lagi). Dan sekarang dia minta saya tulis positive comments or benda baik pasal dia di FB page dia kerana parents dia dapat tahu.

Masalah nya. Reputation saya juga ruin kerana attitude dia. Kita orang berniaga. Saya juga ada hutang lain. Bukan saya tak tolerate. Bila saya cakap baik2, dipijak kepala. SMS / Call beratus kali tak di reply. Bila dia dah berjanji, tapi tak tunai (bagi janji manis). Saya pula dimarahnya. Bila dan berapa payment akan masuk juga ditentu kan oleh dia. Tapi dia still tak bayar/lambat bayar.

Bila saya dah tak tahan, saya datang rumah dia. Dia terkejut saya boleh jumpa rumah dia. Saya masih berperikemanusiaan sebab saya bagi pilihan. Berjumpa dan discuss di rumah atau kedai mamak. Dia pun janji nak jumpa di kedai mamak. Setelah berjam-jam tunggu, dia tak datang.

Tapi sekarang hutang dia dah langsai. Negative comments pun saya dah delete atas dasar keperimanusiaan. Manusia sentiasa melakukan kesilapan. Tapi dia nak saya post benda baik pasal dia.

Apa saya perlu lakukan?


- +Firdaus Feeq  - www.feeqsays.com

Bicara Bro : Tulis je, "arwah dulu, baik orangnya"
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.