Blogger Hampir Dicabul Dalam Bas

Blogger Hampir Dicabul Dalam Bas

Seorang kenalan blogger hampir menjadi mangsa cabul di dalam bas oleh seorang lelaki berbangsa India.

Pemangsa dikatakan berpura-pura tidur dalam masa yang sama melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa.

Malang buat mangsa bila penumpang yang duduk disebelah beliau tidak memberikan kerjasama terhadap beliau.

Disebabkan tidak selesa atas perbuatan lelaki itu, maka si mangsa telah mengetuk lelaki tersebut dengan handphone (Awat tak pakai Nokia 3310, lebih berkesan kot) lalu gambar si pemangsa yang berpura tidur diambil.
Lebih malang lagi, sewaktu mangsa ingin memberitahu kepada pemandu bas, si pemangsa sudah melarikan diri.

Anda boleh baca status yang dimuat naik bersama gambar diatas di laman facebook mangsa dibawah ini.

****** Status di Laman Facebook ******

Penumpang bas especially ladies ‪#‎suasanaedaran‬ Seremban-Kuala Lumpur please be careful with this sex maniac Indian guy..he pretend sleeping and at the same time he is doing his bad attitude..please be careful especially ladies...dia meraba and keep telling me he was sleeping...ko tido tapi tangan boleh meraba sampai ketiak aku ke?

The best part aku mintak tolong brader melayu yg duduk next to me..dia cakap dia tak campur sebab tak nampak..oi bang..memang la dia nak meraba tak tunjuk kat kau...aku yg kena raba....amik kau kena ketuk ngan hp aku...nah amik kau gambar ko aku viral dalam Facebook ni..

Please be careful ladies!!! Dia sempat lari bila aku inform lagi kat driver bas....what the hell....

Sumber gambar : http://www.thehypemedia.com/2016/01/ketiak-saya-diraba-dalam-bas.html


Perkembangan terkini : Si mangsa mendapat banyak pemohonan sebagai kawan (friend request) di facebook. Malangnya beliau terpaksa menapis.

Niat beliau untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan wanita yang lain mendapat tomohan dari berbagai pihak.

Ramai juga ustaz dan hakim di Malaysia nie ek.
Share on Google Plus

About Bro Framestone

Seorang blogger yang hensem, macho, kacak (Siapa nak puji kalau bukan diri sendiri). Pernah bekerja sebagai Social Media Exective (5 tahun pengalaman) dan sekarang banyak buat kerja Freelance sambil menghabiskan masa dengan anak dan isteri. Pemilik blog www.broframestone.com.